
“Anwar Ibrahim dan DAP telah masuk perangkap politik UMNO serta BN setelah memeterai MoU dengan sebuah kerajaan yang ditunjang oleh golongan kleptokrats. Pemimpin-pemimpin UMNO akui PH dihukum kerana memeterai MoU dengan mereka!”
Khairuddin Abu Hassan
ڤنور ده ماسوق ڤراڠكڤ امنو، لنسكاڤ ڤوليتيك تانهاير اكن كمبالي هرموني، ستابيل تنڤاڽ
Selepas PRU14 perpaduan di kalangan anggota-anggota komponen PH terjejas disebabkan oleh sikap jahat berpoliitik Anwar Ibrahim secara ‘divide and rule.’
Inilah amalan politik Anwar Ibrahim yang senantiasa bermain politik ‘tikam menikam’ dari belakang serta ‘baling baru sorok tangan.’
Kaedah percaturan politik Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi. Beliau terlalu pentingkan agenda peribadi untuk jadi Perdana Menteri.
Sesungguhnya, ‘manusia aneh’ semacam Anwar Ibrahim tidak akan boleh jadi Perdana Menteri atau ‘khalifah’ utama kita.
Allah swt tidak akan mengangkat darjat ‘manusia bernafsu’ aneh untuk jadi ‘khalifah’ utama kita.
Ini bukan soal politik tetapi soal aqidah agama. Manusia hipokrit dan fasiq yang hanya memperalatkan agama bagi agenda politik peribadi tidak akan dapat keredaan dari Allah SWT.
Lihat saja keputusan PRN Melaka yang membuktikan kini keseluruhan masyarakat sedang menolak Anwar Ibrahim dan DAP.
Kekalahan teruk DAP di Melaka sesuatu perkara yang di luar jangkaan. Melaka sepatutnya menjadi kubu kuat DAP tetapi kini tidak lagi.
Anwar Ibrahim dan DAP kini kelihatan seperti ‘pelacur’ politik dan tidak lagi kelihatan berprinsip.
Mereka sanggup gadai maruah diri demi kepentingan agenda politik peribadi.
Masakini, Anwar Ibrahim dan DAP telah masuk perangkap politik UMNO serta BN setelah memeterai MoU dengan sebuah kerajaan yang ditunjang oleh golongan kleptokrats.
Pemimpin-pemimpin UMNO akui PH dihukum kerana memeterai MoU dengan mereka!!
Perbuatan ini menggambarkan kesilapan dan kebodohan pemimpin-pemimpin PH. Mereka lakukan kesilapan tetapi akhirnya tetap menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam segenap segi yang tiada kaitan langsung pada realitinya.
Ini adalah faktor utama kekalahan mereka di Melaka kerana rakyat tidak lagi menghormati serta percaya kepada percaturan politik Anwar Ibrahim serta PH.
Pemimpin- pemimpin PH yang lain kelihatan ‘dungu’ kerana senantiasa mentaati perintah Anwar Ibrahim secara ‘membabi buta!!’
Sekarang baru PH tahu ‘langit tinggi rendah’ tanpa kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad bakal gagal membawa sekurang-kurangnya 12% undi Melayu untuk menyokong PH.
Selepas ini Anwar Ibrahim dan PH akan kembali menyembah pada kaki Tun Dr Mahathir Mohamad.
Seandainya Anwar Ibrahim berprinsip; beliau harus letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang.
Ketua Pembangkang sudah tidak relevan lagi kerana parti PKR pun gagal meraih kemenangan walaupun satu kerusi DUN di Melaka.
Selagi Anwar Ibrahim berada dalam pesada politik tanahair maka selagi itulah lanskap politik kita akan jadi ‘haru biru’ serta ‘kacau bilau’ kerana beliau adalah seorang yang tidak pernah ikhlas mahupun tak pernah insaf dari kesilapan lampau.
Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa Anwar Ibrahim dan PH bakal terkubur tanpa nesan pada PRU15 kelak.
Rakyat Malaysia akan terus menghukum percaturan poltik Anwar Ibrahim dan PH yang sudah tidak berprinsip serta bermaruah lagi!!
Maruah Anwar Ibrahim dan PH sudah tergadai natijah daripada kesilapan mereka sendiri!!
WAJIB BACA:
ANALISIS PRN MELAKA: BOIKOT PENGUNDI BERI KELEBIHAN TIPIS PADA BN DI 12 KERUSI
