Anwar, DAP tidak lena menuju 28 Januari 2020

“Menyedari tiada harapan lagi untuk mana-mana pihak menggulingkan Mahathir, kedua-dua Anwar dan DAP sedang memerhatikan tarikh 28hb Januari 2020 dengan begitu teliti…”

Raggie Jessy Rithaudeen

انور، دڤ تيدق لينامنوجو 28 جانواري 2020

Saudara saudari sekalian,

Kuasa-kuasa yang terlibat dengan sistem pentadbiran dan ketenteraan Israel dan juga Amerika Syarikat, termasuk CIA (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kuasa dari barat”), sudah lama berhasrat menguasai Selat Melaka dan Laut Cina Selatan.




Kedua-dua perairan ini merupakan laluan penting bagi kapal-kapal perdagangan yang mengangkut bekalan minyak dari serata dunia ke China, negara pengimpot minyak mentah terbesar di dunia.

Ianya turut menjadi laluan keluar bagi kapal-kapal yang membawa pelbagai produk buatan China yang mampu dihasilkan pada harga yang tidak dapat disaingi sehingga hari ini oleh mana-mana negara di dunia.

Justeru, pengawalan perairan Selat Melaka dan Laut Cina Selatan bagi ‘mengawal’ perdagangan China menjadi agenda utama kuasa dari barat sejak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad di era 90-an lagi.

Pada ketika itu, agen-agen dari AS sudah mula berdamping dengan Anwar di Malaysia dan Megawati Sukarnoputri di Indonesia dengan niat melumpuhkan kedua-dua regim Mahathir dan Suharto.

Menurut perancangan, sekiranya Mahathir dan Suharto berjaya digulingkan, Anwar dan Sukarnoputri boleh ‘dikawal’ sebegitu rupa sehingga mereka membenarkan tentera AS mengembangkan pengaruh mereka di Selat Melaka.

Misi agen-agen AS ini di Indonesia agak berjaya, di mana pada 21hb Mei 1998, Suharto terpaksa letak jawatan apabila tidak diterima lagi oleh hampir segenap lapisan masyarakat.

Loading...

Walaubagaimanapun, percubaan agen-agen AS di Malaysia gagal apabila Anwar dipecat terus dari kerajaan pada 2hb September 1998.

Pada ketika itu, Lim Kit Siang melihat peluang cerah bagi DAP meraih undi Melayu dan terus ke rumah Anwar untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan ‘kejam’ Mahathir.

Perjumpaan pendek itu membuka satu lembaran baru bagi DAP yang terus menjalin hubungan akrab dengan sebuah parti baru yang ditubuhkan oleh isteri kepada Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada awalnya, DAP tidak begitu rapat dengan kuasa dari Barat dan kerap berurusan dengan mereka menerusi kem Wan Azizah.

Tetapi lama-kelamaan, keadaan tersebut berubah apabila DAP mula berurusan secara terus tanpa kehadiran sesiapapun dari mana-mana kem.

Saya difahamkan, ramai juga orang Yahudi yang berurusan dengan DAP. Mereka memberikan latihan percuma kepada pempimpin-pemimpin parti berkenaan bagi menjayakan rancangan jangka panjang meruntuhkan kerajaan persekutuan.

Salah satu teknik yang diajar ialah “mind programing.” Menurut teknik ini, apabila kita inginkan seseorang itu mempercayai perkara yang negatif, kita harus ulangi perkara itu seribu satu kali dan kaitkannya dengan objek yang mudah diingati.

Menerusi teknik inilah DAP mula merangka skrip penipuan bagi mengaburi mata rakyat. Antara yang paling berjaya termasuk “GST begitu membebankan rakyat, Maggie pun susah nak dibeli.”

Ya, berbeza dengan strategi jangka pendek yang diambil oleh kuasa dari Barat ketika mereka cuba menggulingkan Mahathir, kali ini, mereka banyak bersabar dan berbelanja berbilion ringgit untuk mengukuhkan PKR dan DAP agar parti-parti ini menjadi cukup kuat untuk menggantikan UMNO dan MCA.

Saya akan menceritakan lebih lanjut berhubung kisah ini dalam satu sesi live yang bakal saya buat Sabtu ini.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah perasaan kuasa dari barat sekiranya Anwar tidak berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bayangkanlah, segala harapan yang dibina, masa yang diluang serta dana yang dibelanja, kesemuanya hangus begitu sahaja sekiranya masa depan Anwar dan DAP terkubur.

Tetapi inilah yang bakal berlaku. Hakikatnya, bukan hanya Anwar hilang kawalan partinya sendiri kepada Datuk Seri Azmin Ali, Mahthir sudahpun memiliki sokongan 132-139 ahli parlimen.

Menyedari perkara ini, kedua-dua Anwar dan DAP sedang memerhatikan tarikh 28hb Januari 2020 dengan begitu teliti atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat saya ceritakan buat ketika ini.

Apa yang boleh saya ceritakan di sini ialah perihal individu-individu tertentu yang mewakili kuasa dari barat. Menurut sumber, individu-individu ini sudah lama sampai ke tanah air bagi memantau perkembangan politik dalam beberapa hari ini.

Saya cukup tidak selesa dengan maklumat ini…

Bersambung…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...