Anwar didakwa panik, bersetuju benarkan Azmin rasmi kongres AMK

Anwar pada ketika ini berada dalam keadaan panik susulan perosotan sokongan terhadapnya dari kalangan pemimpin PKR di peringkat negeri dan juga nasional. Sumber (gambar): TTF

Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim dikhabarkan secara tiba-tiba bersetuju membenarkan timbalannya, Dato’ Seri Azmin Ali, merasmikakan Kongres Tahunan Pemuda PKR (AMK) 2019 yang dijadualkan berlangsung esok di Melaka.

Kerelaan Anwar secara tiba-tiba mempertimbangkan semula pemecatan Zakaria dan membenarkan Azmin merasmikan kedua-dua kongres pemuda dan juga wanita dipercayai berpunca dari dakwaaan “liwat” terbaru terhadap beliau (Anwar). 

Semalam, cucu lelaki kepada bekas aktivis persatuan pengguna, SM Mohamed Idris, mendakwa diserang secara seksual dan fizikal oleh Anwar di kediaman presiden PKR tersebut di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Menerusi satu Surat Akuan Bersumpah bertarikh 19hb November 2019, Muhammed Yusoff Rawther mendakwa diperlakukan secara kasar, jijik, tidak Islamik dan jenayah oleh Anwar yang turut didakwa cuba meliwat Yusoff.

Anwar juga dipercayai panik melihatkan penguasaan Azmin atas MPP dan dikhabarkan bersedia untuk bekerjasama sebelum perbincangan lanjut diadakan berhubung masalah-masalah berbangkit dalam parti.


SUBANG JAYA: Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim dikhabarkan secara tiba-tiba bersetuju membenarkan timbalannya, Dato’ Seri Azmin Ali, merasmikakan Kongres Tahunan Pemuda PKR (AMK) 2019 yang dijadualkan berlangsung esok di Melaka.

Menurut sumber, persetujuan tersebut dicapai malam semalam selepas kedua-dua mereka bertemu, dipercayai bagi membincangkan kemelut yang melanda PKR dan masalah-masalah berbangkit, termasuk pemecatan Zakaria Abdul Hamid, bekas setiausaha politik kepada Menteri Kerja Raya, Baru Bian.




Saya difahamkan bahawa Anwar bersetuju mempertimbangkan semula pemecatan Zakaria bersama-sama pemecatan pengerusi tetap dan timbalan pengerusi pemuda Keadilan, Muhamad Mizan Adli Mohd Nor dan Mohd Ramly Ahmad.

Anwar pada ketika ini berada dalam keadaan kritikal susulan perosotan sokongan terhadapnya dari kalangan pemimpin PKR di peringkat negeri dan juga nasional.

Azmin pula berada dalam kedudukan paling kukuh sejak tetubuhnya PKR, di mana sebilangan besar ahli parlimen dan ketua-ketua cabang dikhabarkan setia bersamanya dan inginkan beliau mengambil alih jawatan presiden parti daripada Anwar.

Sebelum ini, kedua-dua Baru Bian dan Azmin mengadakan sidang media berasingan bersama sebilangan signifikan pemimpin PKR sebagai bukti pengaruh Azmin dalam parti dan penguasaannya di peringkat kebangsaan dan juga negeri.

Pada 21hb November 2019, Bian mengetui satu rombongan seramai 32 pemimpin PRK Sarawak ke Putrajaya bagi mengadakan pertemuan dengan Azmin sebelum melangsungkan sidang media, di mana kepimpinan pusat dimaklumkan keputusan PKR Sarawak membatalkan rancangan mengadakan Kongres AMK peringkat negeri.

Sembilan hari kemudian, Azmin pula menonjolkan dirinya sebagai kuasa utama parti apabila memimpin dua per tiga daripada ahli dipilih Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menolak pemecatan Zakaria secara terbuka.

Anwar panik.

Loading...

Kesemuanya bermula apabila kem beliau bertindak membatalkan jemputan AMK kepada Azmin untuk merasmikan kongres sayap tersebut di Melaka Sabtu ini.

Dalam satu kenyataan, ahli AMK yang dipilih menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap pengumuman yang dibuat oleh setiausaha agung PKR Dato’ Seri Saifuddin Nasution berhubung pembatalan surat jemputan sayap berkenaan kepada Azmin.

Walaubagaimanapun, apabila ditanya, Saifuddin menafikan dakwaan beliau terlibat dengan pembatalan surat jemputan AMK itu dan mendakwa ianya keputusan sayap pemuda itu sendiri.

“Tidak timbul soal Setiausaha Agung PKR membatalkan jemputan kerana Kongres Nasional AMK dikendalikan oleh AMK.

“Semua urusan dan perjalanan kongres adalah urusan AMK termasuk siapa merasmikan dan hal berkaitan yang diuruskan oleh AMK,” katanya.

Tetapi lain pula halnya dengan Anwar.

Bercakap kepada pemberita selepas berucap pada Konvensyen Keadilan Negeri Terengganu dan Kelantan, Anwar mendakwa pembatalan tersebut dibuat oleh MPP, sekaligus mencadangkan Saifuddin menipu kedua-dua media dan AMK.

Anwar berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Azmin bahawa terdapat ‘tangan ghaib’ yang cuba menghalangnya daripada berucap di kongres nasional AMK.

“Saya telah terima surat jemputan dan telah menjawab akan hadir tetapi baru-baru ini telah dibatalkan. Saya yakin Ketua AMK tidak berani melakukan sesuatu tanpa ada tangan-tangan ghaib di belakang.

“Ini bukan tentang saya tetapi sebab jawatan presiden dan timbalan presiden,” kata Azmin.

Dakwaan Azmin ternyata benar apabila Anwar mula berlagak seperti diktator dan bertindak memecat beberapa ahli PKR yang bersekutu dengan timbalannya, termasuk pengerusi sayap pemuda yang sememangnya mampu mempengaruhi nada keseluruhan kongres AMK.

Azmin turut membuktikan penguasaannya terhadap MPP apabila berjaya memimpin dua per tiga ahli dipilih majlis berkenaan menolak pemecatan Zakaria, sekaligus membuktikan bahawa ada “tangan ghaib” yang mengenepikan keputusan majoriti ahli majlis tertinggi parti.

Tidak lupa juga kenyataan-kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh Ketua dan Timbalan Ketua pemuda berhubung pembatalan jemputan Azmin, di mana kenyataan-kenyataan tersebut sah menunjukkan bahawa kepimpinan tertinggi AMK tidak bersekutu dan tidak mampu membuat keputusan kolektif sepertimana yang didakwa oleh Saifuddin.

Kerelaan Anwar secara tiba-tiba mempertimbangkan semula pemecatan Zakaria dan membenarkan Azmin merasmikan kedua-dua kongres pemuda dan juga wanita dipercayai berpunca daripada dakwaaan “liwat” terbaru yang dilontarkan terhadap beliau (Anwar).

Semalam, cucu lelaki kepada bekas aktivis persatuan pengguna, SM Mohamed Idris, mendakwa diserang secara seksual dan fizikal oleh Anwar di kediaman presiden PKR tersebut di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Menerusi satu Surat Akuan Bersumpah bertarikh 19hb November 2019, Muhammed Yusoff Rawther mendakwa diperlakukan secara kasar, jijik, tidak Islamik dan jenayah oleh Anwar yang turut didakwa cuba meliwat Yusoff.

Anwar juga dipercayai panik melihatkan penguasaan Azmin atas MPP dan dikhabarkan bersedia untuk bekerjasama sebelum perbincangan lanjut diadakan berhubung masalah-masalah berbangkit dalam parti.

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...