Anwar disyaki menghidap penyakit kemurungan kritikal

“Saya pernah bertemu beberapa kenalan rapat Anwar, dan mereka sendiri mengesyaki beliau mengalami kemurungan kritikal kerana gagal mendapatkan sokongan majoriti dan mula mempercayai cerita yang didendangkan oleh kuncu-kuncunya yang sememangnya kaki bodek tegar”

Raggie Jessy Rithaudeen

انور دشكي مڠهيدڤ ڤڽاكيت كموروڠن كريتيكال

Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar kemaruk kuasa, kemaruknya dah tahap kritikal hingga beliau mula berkhayal sesuatu yang tidak benar seolah-olah ianya fakta dan sentiasa mengeluarkan kenyataan yang memuaskan nafsu kemaruknya itu.

Contoh yang paling ketara ialah kenyataan beliau berhubung dakwaan kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad meminta untuk dijadikan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (artikel di bawah, wajib baca)




Anwar cemas, khuatir pengaruh Mahathir tenggelamkan Pakatan Harapan

Walaupun tidak benar, apabila ditanya, Anwar mula meletakkan syarat bagi penglibatan Mahathir dengan Pakatan Harapan, seolah-olah Mahathir benar-benar meminta untuk dijadikan calon Perdana Menteri.

Saya pernah bertemu beberapa kenalan rapat Anwar, dan mereka sendiri mengesyaki beliau mengalami kemurungan kritikal kerana gagal mendapatkan sokongan majoriti dan mula mempercayai cerita yang didendangkan oleh kuncu-kuncunya yang sememangnya kaki bodek tegar.

Kuncu-kuncu ini dikatakan tidak selalu menyampaikan cerita yang sahih kepada Anwar, cuma apa yang difikirkan mereka ‘sedap untuk didengar’ dan mudah dipercayai oleh Anwar akibat daripada kemurungannya itu.

Menurut sumber rapat, tidak mustahil Anwar mengalami tekanan jiwa atau sakit mental kerana asyik mempercayai sesuatu yang tidak benar kerana begitu terdesak untuk menjadi Perdana Menteri.

Justeru, segala kenyataan atau persepsi palsu yang ditimbulkan olehnya kebelakangan ini mungkin disebabkan beliau sendiri percaya ianya kebenaran, termasuk tahap sokongan ahli-ahli parlimen terhadapnya.

Loading...

Sebab itulah Anwar termakan dengan penipuan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini hingga berani membuat sidang media bagi mengumumkan sokongan majoriti hampir dua per tiga terhadapnya.

Anwar percaya bulat-bulat dakwaan Zahid kononnya semua ahli parlimen dari Barisan Nasional akan menyokongnya sedangkan Zahid sendiri tidak pernah merujuk kepada ahli-ahli parlimen berkenaan sebelum membuat surat sokongan bagi pihak mereka.

Saya mengesyaki perkara ini dari awal lagi dan percaya Anwar kini hidup dalam ‘kepompong khayalan’ di mana beliau percaya beliaulah “ahli parlimen yang paling popular dan disukai segenap lapisan masyarakat.”

Niat saya ikhlas dalam mengetengahkan perkara ini, kerana sekiranya benar, saya berharap agar sesuatu dilakukan bagi membantu Anwar agar penyakit ini dapat disembuhkan.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...