Anwar dulu desak Ismail Sabri benarkan pengeluaran KWSP, kenapa sekarang ‘kejam’?

“Tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng merupakan antara ahli politik yang giat mendesak kerajaan pimpinan Ismail Sabri supaya membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan mereka”

Raggie Jessy Rithaudeen

انور دولو دسق اسماعيل صبري بنركن ڤڠلوارن قوسڤ، كناڤ سكارڠ تاكوت؟

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara tepat menjelaskan bahawa pihak yang sebelum ini mendesak pentadbirannya untuk membenarkan pengeluaran kali keempat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu bersuara tatkala rakyat mendesak pengeluaran kali kelima.

Menurut laporan, Ismail berkata suara mereka tidak lagi kedengaran pada masa ini, di saat orang ramai sekali lagi menggesa perkara sama.




“Kerajaan perlu ambil tindakan segera terhadap aduan rakyat. Semalam selepas saya bersenam, seorang makcik datang mengadu, minta kalau boleh mereka (dibenarkan) keluarkan (simpanan dalam) KWSP.

“Dulu ketika saya (mentadbir negara), ramai yang bising bila kita buat kajian sama ada boleh keluarkan (atau) tidak. Akhirnya kita benarkan.

“Ramai yang bising dulu. Saya harap rakyat bersuara (lagi) kali ini. Mana-mana yang kuat bersuara waktu saya jadi perdana menteri dulu, silakan bersuara lagi,” katanya.

Tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng merupakan antara ahli politik yang giat mendesak kerajaan pimpinan Ismail Sabri supaya membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan mereka.

Kini, setelah menjawat jawatan Perdana Menteri, Anwar membuat pusingan-U sambil berkata, kerajaan perlu menimbang nasib dan masa depan pencarum sebelum membenarkan pengeluaran khas sekali lagi.

Katanya, lebih baik kerajaan mencari jalan lain bagi membantu rakyat yang terkesan, memandangkan kebanyakan pencarum memiliki jumlah simpanan yang sangat kecil.

Namun, apabila penjelasan yang seakan-akan sama dikemukakan dulu, Anwar tidak mengendahkannya dan terus mendesak agar pengeluaran dana KWSP dibenarkan.

Loading...

Kenapa sekarang ‘kejam’?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...