‘Anwar gila kuasa, jangan harap dia letak jawatan Khamis ini’

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (kiri), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan). Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

ءانور ڬيلا كواس، جاڠن هارڤ دي لتق جاوتن خميس اينء

Kita jangan terlalu seronok dan teruja dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyatakan dia akan letak jawatan PH sekiranya terbukti gagal ambil-alih kerajaan dalam masa tujuh hari.

Terlalu awal untuk golongan yang rasional yang menentang Anwar Ibrahim untuk ‘tepuk tangan’ serta bersuka ria.

Orang ‘gila’ macam Anwar Ibrahim cakap begini sesuatu yang lumrah baginya, dia sendiri tidak sedar akan setiap tutur katanya. Sebab itu dia seringkali menafikan pelbagai kenyataan yang diungkapkan olehnya.




Mana mungkin ‘orang gila’ macam Anwar Ibrahim mudah untuk letak jawatan.

Semua rakyat Malaysia tahu Anwar Ibrahim seorang yang mengalami masalah ‘mental’ sebab itulah juga naluri dia pun cukup ‘aneh’. Lain dari yang lain.

Sama-sama kita tunggu pada hari Khamis depan bila dia gagal tumbangkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN samada ‘orang gila’ ini akan ‘kotakan’ janjinya atau pun.

Tapi saya dah tahu jawapan Anwar Ibrahim. Bila tiba hari tersebut dia akan menafikan bahawa dia tidak pernah kata sedemikian rupa.

Seseorang yang jiwa ‘gila’ serta ‘gila kuasa’ macam Anwar Ibrahim tidak mudah untuk letak jawatan pada hakikatnya.

Sebab itu sehingga kini siang-malam pagi-petang; Anwar Ibrahim hanya gila untuk jadi perdana menteri saja.

Jangan sama sekali kita percaya pada orang gila ini, lidah Anwar Ibrahim bercabang dua puluh. Tangan dia ada empat puluh, dia manusia dari spesis yang cukup ‘aneh’.

Loading...

Pada hari pengundian dasar Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat yang lepas; Anwar Ibrahim telah mengarahkan ahli-ahli parlimen PH agar tidak bangun untuk memohon undian belah bahagi kerana tak mahu ‘tembelangnya’ bocor’.

Bila rakan kleptokrats dari UMNO memaklumkan kepada dia bahawa mereka akan menyokong peringkat dasar Belanjawan 2021 maka anwar takut tewas sekiranya kaedah undi secara blok.

Jika Anwar Ibrahim tewas pada hari itu secara langsung pihak Istana Negara akan tahu bahawa selama ini ‘orang gila’ yang bernama Anwar Ibrahim hanya menipu menyatakan cukup sokongan dari ahli-ahli parlimen untuk ambil alih kerajaan’.

Ini saja yang anwar takut pada hari pengundian dasar Belanjawan 2021 yang lepas! Kalau peringkat ini bukan tak cukup sokongan macam Anwar Ibrahim kata selama ini dia cukup sokongan untuk jadi perdana menteri.

Inilah tahap kegilaan Anwar Ibrahim berimaginasi. Nak jadikan cerita pula; ahli-ahli parlimen PH ramai di kalangan mereka berotak ‘selut’ dan tidak cerdik.

Sebab itu tahap ketaksuban mereka terhadap ‘orang gila’ Anwar Ibrahim di tahap yang tidak ‘masuk akal’.

Kesetiaan majoriti daripada ahli-ahli parlimen PH terhadap ‘orang gila’ ini sampai ke peringkat jika Anwar Ibrahim suruh mereka ‘makan tahi’ pun kalangan ini akan menelan tahi.

Apapun, pada hari Khamis depan semua ahli-ahli parlimen PH harus desak Anwar Ibrahim untuk letak jawatan sekiranya dia gagal tumbangkan kerajaan ‘tebuk atap’ PH’.

Jangan biarkan ‘pisang berbuah dua kali’.

Keseluruhan rakyat malaysia ingin lihat samada ahli-ahli parlimen PH ini semuanya sudah sedar ataupun masih ‘bodoh’ serta terus taksub pada ‘orang gila’ yang bernama Anwar Ibrahim.

Jika mereka ini masih tidak sedar diri; pada PRU15 biar kuasa rakyat saja yang menyingkir mereka. Kehilangan ahli-ahli parlimen ‘otak selut’ ini tidak merugikan langsung pada bangsa serta negara.

Bangsa dan negara perlukan pemimpin-pemimpin seperti tiga belas ahli-ahli parlimen pembangkang yang bangun untuk meminta undi belah bahagi dalam Dewan Rakyat pada hari Khamis yang lepas.

Rakyat Malaysia ‘angkat topi’ pada tiga belas ahli-ahli parlimen ini.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...