Anwar, Guan Eng dinasihatkan berundur segera

“Ya, sepandai-pandai Anwar melompat, akhirnya tak dapat jadi PM juga”

Raggie Jessy Rithaudeen

Dato’ Seri Anwar Ibrahim amat terdesak dengan situasi politik terkini hingga mengerahkan ‘tentera sibernya’, termasuk blogger, aktivis, ketua-ketua NGO dan sebagainya, untuk merancakkan lagi perang persepsi dengan niat mengelirukan kumpulan-kumpulan politik dan bukan politik, termasuk ahli-ahli parlimen.




Begitu juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, dan ayahnya, Lim Kit Siang, masing-masing sedang berusaha timbulkan keraguan di kalangan pengundi bukan Islam terhadap kepimpinan Melayu Islam dengan memangsakan PAS dan UMNO bagi tujuan tersebut.

Jika Anwar cuba beri persepsi seolah-olah beliau sudahpun memiliki sokongan majoriti ahli parlimen, Kit Siang dan Guan Eng pula rancak mencucuk jarum kebencian agar masyarakat bukan Islam takut dengan agama, kepimpinan, budaya serta masyarakat Melayu Islam.

Khamis lalu, Gerakan Bangsa Nasional (GBN) membuat satu laporan polis terhadap Guan Eng di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya atas tuduhan mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan, perkauman, anti-Melayu, anti-Islam dan pro-evangelis.

Sebelum ini, Kit Siang turut pernah mendakwa bahawa kerjasama PAS dengan UMNO akan membawa politik keagamaan dan perkauman yang disifatkannya sebagai ‘toksik’ ke aras baru yang tidak pernah dilihat dalam politik tanah air.

Biarpun kepimpinan DAP memarakkan gelombang Islamophobia serta perkauman pada kadar yang amat membimbangkan, Anwar, yang kerapkali menonjolkan dirinya sebagai seorang Muslim yang progresif dan pejuang keadilan, terus-menerus mempertahankan DAP seolah-olah beliau tidak pernah membaca portal berita online atau tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Menurutnya, kebanyakkan tuduhan yang dilemparkan oleh ‘pihak pembangkang’ terhadap DAP tidak berasas, biarpun kenyataan-kenyataan berbaur hasutan, perkauman, keagamaan dan pro-evangelis yang dikeluarkan oleh Guan Eng dan beberapa pemipin DAP yang lain jelas terpapar di portal rasmi parti tersebut dan juga di media massa.

Hakikatnya, kedua-dua Anwar dan Kit Siang amat risau Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertindak menahan Guan Eng pada bila-bila masa samada atas tuduhan rasuah, salahguna kuasa, hasutan perkauman ataupun ketiga-tiganya sekali.

Dalam tiga terbitan sebelum ini, saya menjelaskan mengapa DAP tidak berani menumbangkan Pakatan Harapan biarpun pucuk pimpinan parti tersebut terang-terang dicabar oleh Mahathir menerusi penahanan empat orang ahlinya.

RUJUK ARTIKEL BERIKUT (BHG SATU DAN DUA DI DALAM):

Lahirnya Barisan Baru Nasional (Bahagian Tiga): Pengisytiharan darurat, pembubaran parlimen

Hakikatnya, biar Mahathir tahu sokongan majoriti ada pada gandingan dirinya dan Dato’ Seri Azmin Ali, beliau langsung tidak memikirkan perkara tersebut.

Ini kerana Mahathir tahu, sebaik selepas beliau melancarkan perang terbuka terhadap Guan Eng dan Kit Siang, majoriti pengundi yang beragama Islam yang sudah lama berdendam dengan DAP akan berdiri teguh di belakangnya.

Malah, pada ketika ini sahaja sudah mula timbul satu gelombang kecil sokongan dari kalangan pengundi Melayu-Islam yang cukup berpuas hati atas tindakan yang diambil oleh PDRM terhadap ahli-ahli DAP dan PKR yang terlibat dengan LTTE.

Kesemua ini turut akan disokong oleh sebilangan besar pengundi Cina yang sudah mula muak dengan tingkah-laku DAP tetapi masih tidak ingin menerima MCA.

Mereka akan teruja dengan kehadiran sepuluh ahli parlimen DAP dari kem anti Kit Siang yang saya difahamkan sudah bersetuju untuk keluar parti dan duduk bersama Azmin dalam sebuah parti baru atau parti serpihan Barisan Nasional.

Anwar tahu akan semua ini.

Tetapi apa yang beliau tidak tahu, ialah selama ini, Mahathir mempermainkannya dengan berpura-pura untuk melayan semua soalan yang diajukan wartawan berhubung isu peralihan kuasa bagi menimbulkan persepsi seolah-olah beliau (Mahathir) lemah dan takut akan digulingkan.

Mahathir sengaja melayan soalan-soalan tersebut kerana ingin Anwar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap isu ‘sokongan majoriti’ sambil beliau (Mahathir) merancang satu per satu strategi untuk menguburkan terus DAP dan PKR.

Ya, sepandai-pandai Anwar melompat, akhirnya tak dapat jadi PM juga.

Saya dengan ini menasihatkan Anwar untuk segera membuat penisytiharan tidak ingin menjadi Perdana Menteri agar pertimbangan boleh dibuat oleh kerajaan baru (sekiranya terbentuk) untuk memberikan jawatan tertentu kepada beliau.

Saya turut menasihatkan Guan Eng untuk berundur terus dari jawatan Setiausaha Agung DAP dan mengumumkan persaraannya dalam masa terdekat sebelum beliau lemas dalam Tsunami politik yang bakal melanda tidak lama lagi…

Bersambung…



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...