PAS: Anwar harus hormati keputusan Mahkamah, jangan hina

“Kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi ia dihadkan dan tidak mutlak. Jika semua orang menyalahgunakan hak tersebut maka negara akan menjadi huru hara” – Kamaruzaman. Sumber (gambar): Harakah Daily

Kamaruzaman Mohamad

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menempelak tindakan Ahli Parlimen Port Dickson yang akan menemui YAB Perdana Menteri berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Wan Ji Wan Hussain.

Anwar Ibrahim dilihat cuba menggunakan badan eksekutif untuk mempengaruhi badan kehakiman dalam melaksanakan tanggung jawab mereka. Sementara itu, Anwar Ibrahim turut menyifatkan keputusan tersebut tidak selari dengan peralihan demokratik.




PAS mahu badan kehakiman bebas daripada tangan-tangan politik kotor. Selain Anwar Ibrahim, Setiausaha Politik Lim Kit Siang turut mempersoal tindakan Jabatan Peguam Negara yang dikatakan bertentangan dengan polisi PH yang mahu Akta Hasutan dimansuhkan.

Adakah mereka mahu supaya Jabatan Peguam Negara mengikut kehendak politik mereka dan membakul sampahkan kedaulatan undang-undang (rule  of  law)?

PAS menganggap perbuatan Wan Ji Wan Hussain sangat biadab. Menghina dan menanam kebencian terhadap Institusi Diraja semakin teruk sejak pembentukan kerajaan baharu di bawah PH. Tindakan berat harus dikenakan terhadap pesalah sebagai langkah pencegahan.

Kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi ia dihadkan dan tidak mutlak. Jika semua orang menyalahgunakan hak tersebut maka negara akan menjadi huru hara.

Pemimpin PH menunjukkan sikap sebenar dengan membela gerakan menghina dan cubaan untuk menghapuskan Institusi Diraja yang menjadi teras Perlembagaan. Mereka mahu membela kebiadapan Wan Ji Wan Hussain dan mendesak supaya Akta Hasutan dimansuhkan. Pada masa yang sama, tindakan mereka secara tidak langsung menghina keputusan mahkamah yang telah diputuskan.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...