
“…terbukti kata-kata hina Anwar terhadap golongan ustad dan presiden PAS adalah fitnah semata-mata bagi mengaburi mata pengundi terhadap kesanggupan dan kerelaan Pakatan Harapan bekerjasama dengan Kleptokrat UMNO”
Raggie Jessy Rithaudeen
انور هينا استد، دڤ سماي اسلاماوڤهوبيا سبب تاكوت مشاركت چينا، اينديا ايڠت كمبالي امران ڤاس سبلوم ڤرو15
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
DAP mula bersikap rasis lampau selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila parti itu menyemai rasa takut di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap politik yang berteraskan ajaran Islam.
Semuanya bermula apabila Lim Kit Siang menyamakan gelombang penolakkan masyarakat Melayu-Islam terhadap Barisan Nasional dan Pakatan Harapan sebagai “Gelombang Hijau,” sambil memberi amaran bahawa gelombang ini mampu menjurus kepada pembentukan sebuah negara Islam.
TONTON: HARI YANG DI TUNGGU-TUNGGU KEM BOSSKU, NATIJAH JIKA NAJIB TIDAK DIAMPUNKAN
Persepsi palsu ditimbulkan bahawa PAS akan mengislamkan Malaysia jika gelombang ini berterusan, walhal, PAS tidak pernah mengorak sebarang langkah ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara Islam apabila parti itu berada di dalam kerajaan bersama UMNO, sekutu terkini DAP.
Ya, DAP buat-buat lupa bahawa UMNO pernah bertekad menjalinkan permuafakatan bersama PAS selepas Pilihan Raya Umum ke-14 dan sanggup bersekutu dengan PAS menghadapi PRU15 sekiranya PAS bersetuju meninggalkan Perikatan Nasional.
Kata-kata Kit Siang berhubung ancaman gelombang hijau adalah rasis dan bersempadankan Islamophobia, kerana kata-kata sebegini berpotensi menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam terhadap agama dan budaya masyarakat Melayu-Islam.
Tiga hari lalu, seorang ADUN Pakatan Harapan dari Pulau Pinang turut memberi amaran bahawa gelombang hijau di negeri itu mungkin merencatkan sebarang usaha mewujudkan kerajaan berbilang kaum selepas Pilihan Raya Negeri.
Nampaknya DAP takut kehilangan sokongan Cina dan India kepada Bersatu dan PAS menerusi “undi protes” setelah Pakatan Harapan melakukan apa yang PAS dan Bersatu pernah beri amaran akan berlaku.
Mungkin sebab itulah Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir dan menghina golongan ustad dan presiden PAS ketika fasa berkempen PRU15 dengan kata-kata berikut (rujuk juga video di bawah):
“Kamu ustad, kamu bercakap soal Agama, kau cakap soal Islam dan akhlak, mana buktinya, tak habis-habis fitnah.
“Bila kita pakat dengan UMNO? Saya bukannya presiden PAS, pergi mengemis kepada Zahid minta sokongan.
“Kalau kamu itu sebagai orang biasa takt ahu Agama tak apa…kamu pakai jubah, pakai sarban, orang tengok cium tangan…(tapi) cakap tak betul…mana boleh?”
Artikel bersambung di bawah video ini:
Hari ini, terbukti kata-kata hina Anwar adalah fitnah semata-mata bagi mengaburi mata pengundi terhadap kesanggupan dan kerelaan Pakatan Harapan bekerjasama dengan Kleptokrat UMNO.
Ramai penyokong Pakatan Harapan patah semangat melihatkan kerjasama itu, dan ramai sudah mula merasai bahawa Pakatan Harapan kini berada di bawah bayang dan telunjuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pakatan Harapan tidak mungkin menjelaskan atau menghalalkan pelantikan Zahid, seorang tertuduh jenayah rasuah, sebagai Timbalan Perdana Menteri, sedangkan ramai lagi dalam UMNO layak menjawat jawatan itu.
Barangkali inilah yang dikhuatiri Anwar dan DAP menjelang enam Pilihan Raya Negeri, dan kedua-duanya takut masyarakat Cina dan India akan ingat kembali kata-kata amaran yang dilafazkan oleh beberapa pemimpin sebelum PRU15.
Ketika berkempen, pemimpin-pemimpin PAS dan Bersatu memberi amaran bahawa “satu undi untuk Pakatan Harapan ialah satu undi untuk UMNO” berbekalkan maklumat bahawa Pakatan Harapan dan UMNO sudah mencapai kata sepakat untuk membentuk kerajaan bersama.
Barangkali inilah sebabnya DAP terdesak menakut-nakutkan masyarakat Cina dan India terhadap ideologi ke-Islaman PAS, agar tumpuan orang Cina dan India dialih daripada amaran ikhlas pemimpin PAS sebelum PRU15 kepada “kemungkinan Malaysia menjadi negara Islam” di bawah PAS.
