ANWAR IBRAHIM ‘KAKI LIWAT’, TINDAKAN TUN MAHATHIR PADA TAHUN 1998 BERTERASKAN SYARIAT ISLAM

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

انور ‘كاكي لواط’، تيندقن تون محضير ڤد تاهون 1998 برترسكن شريعة اسلام

Sekiranya penulisan ini tulen dimuat-naikkan oleh Anwar Ibrahim maka secara sejujurnya saya ingin nyatakan bahawa tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap beliau pada 1998 adalah selaras dengan hukum Islam.

Mana mungkin seseorang umat yang Nabi tak mengaku umat dilantik sebagai Khalifah untuk memimpin ummah!!

Anwar Ibrahim ‘kaki liwat!!’ Beliau harus diambil tindakan sedemikian rupa kerana isunya bukan isu politik tetapi ianya adalah soal aqidah agama Islam.




Saya terlibat menerbitkan buku ‘50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM’ pada tahun 1998 yang ditulis oleh Allahyarham Khalid Jafri.

Yang saya pelik pada tahun 1998 Anwar Ibrahim tumbang dengan izin oleh Allah SWT melalui pengedaran buku ‘50 Dalil’ ini tetapi dari dulu sehingga kini Anwar Ibrahim tidak berani mengambil sebarang tindakan undang-undang keatas diri saya.

Mengapa Anwar Ibrahim takut untuk mengheret saya ke mahkamah serta mengambil tindakan undang-undang?!

Hari ini pun kalau Anwar berani saya cabar dia untuk mengambil sebarang bentuk tindakan undang-undang keatas kenyataan saya ini.

Seperkara yang pelik lagi ialah mengapa Anwar Ibrahim sehingga kini takut hendak ‘sumpah laknat’ bagi menafikan beliau tidak pernah meliwat?!

Apa yang menghairankan saya lagi dulu Anwar tidak berani menyaman Azizan Abu Bakar yang mengakui diliwat olehnya. Pengakuan Azizab juga diterbitkan secara terbuka oleh saluran media-media utama tanahair pada waktu itu.

Di zaman pentadbiran Najib Razak sebagai Perdana Menteri sekali lagi anwar dipenjarakan kerana kesalahan meliwat Saiful Bukhari tetapi sehingga kini pun hampir setiap detik dicabar oleh mangsa liwatnya; Anwar masih tidak berani untuk mengambil tindakan undang-undang.

Loading...

Pada waktu itu pun orang kuat Anwar, iaitu Ezam Md Nor turut menjelajah ke seluruh negara bercakap mengenai kes liwat Anwar tetapi malangnya sekali lagi Anwar tidak berani menyaman Ezam pada waktu itu.

Tetapi kini kita tunggu dan lihat perbicaraan akan datang mengenai Yusof Rawther yang mendakwa Anwar mencabul kehormatan beliau.

Yusof adalah cucu kepada Allahyarham SM Idris turut membuat kenyataan secara terbuka mengenai salahlaku Anwar melalui saluran-saluran media.

Sehingga kini, Anwar tidak berani mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Yusof.

Sekiranya orang memfitnah kita secara terbuka yang mengaibkan maruah diri; seandainya tidak berasas kenapa anwar ibrahim tidak berani mengambil sebarang tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya?!

Perangai buruk Anwar ini cukup pelik!!   Beliau senantiasa mengungkit cerita lama dan gemar memfitnah Tun tetapi dalam masa yang sama Anwar tidak berani bertindak atas dasar undang-undang bagi membersihkan namanya.

Tidak ada sesiapapun di dunia ini termasuk Najib yang memfitnah atau menganiayai Anwar dalam kes salahlaku meliwat tetapi sesungguhnya Anwar yang merosakkan diri beliau sendiri.

Sebagai akhir kalam, saya cabar Anwar secara terbuka untuk mengambil tindakan ke atas diri saya dalam isu ini kalau beliau ‘anak jantan!!’

Cukup-cukuplah mendendangkan ‘lagu lagu lama’ serta terus untuk memfitnah Tun Dr Mahathir.

Bukti-bukti lain sekiranya saya berhadapan dengan Anwar di kamar mahkamah; insya-Allah saya akan bercakap kemudian.

Untuk pengetahuan umum dan diri Anwar juga; saya ingin nyatakan bahawa beliau memang ‘kaki peliwat’ yang hukumnya haram untuk kita lantik sebagai khalifah bagi memimpin ummah!!

Insaflah Anwar dan berhentilah perbuatan jahat kamu untuk terus memfitnah Tun Mahathir.

Jangan sama sekali Anwar cuba memperalatkan agama bagi menutup segala bentuk salahlaku beliau.

Kemungkinannya, Anwar mampu membohongi jutaan manusia tetapi beliau tidak akan berjaya menipu Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

WAJIB BACA:

Hubungan Kluster Mahkamah-Ismail Sabri tegang, Najib lemas dalam percaturan sendiri



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...