Khairuddin Abu Hassan
انور إبراهيم، ڤقر باكل دتولق د جوهر كران برسوبهت دڠن قليڤتوكرت
Anwar Ibrahim adalah tokoh pemimpin hipokrit nombor satu negara yang bertanggungjawab menguatkan kedudukan kleptokrats dalam kepimpinan negara pada hari ini.
Sebenarnya, Anwar Ibrahim juga salah seorang yang bersubahat dengan perasuah kerana beliau yang bertanggungjawab memeterai MoU dengan kerajaan yang ditunjang oleh puak perasuah kini.
Kini, secara langsung Anwar Ibrahim ibrahim yang memberi ‘tali hayat’ kepada golongan kleptokrats dan perasuah untuk terus memimpin negara kita.
Puak kleptokrats ini telah ditolak oleh rakyat pada PRU14 tetapi pada hari ini Anwar Ibrahim yang menyokong serta menguatkan kedudukan mereka melalui MoU yang dimeterai antara PH dengan kerajaan masakini.
Atas dasar ini juga rakyat sedang menghukum pengkhianatan PH.
Keseluruhan rakyat di negara kita menolak MoU PH dengan kerajaan kleptokrats 2.0.
Inilah sifat serta sikap hipokrit Anwar Ibrahim dalam percaturan politiknya.
Sebenarnya, Anwar Ibrahim tidak mempunyai sebarang agenda untuk bangsa dan negara tetapi matlamat utamanya hanyalah hendak jadi perdana menteri semata-mata.
Saya amat konsisten melawan permainan politik ‘palsu’ Anwar Ibrahim dari tahun 1998 lagi sehingga sekarang.
Hakikatnya, Anwar Ibrahim adalah seorang manusia ‘fasiq’ yang senantiasa memperalatkan agama untuk agenda peribadi politiknya yang hanya mahu perdayakan bagi meraih sokongan orang-orang Melayu khususnya.
Namun kita tidak perlu risau kerana Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Adil dan insya-Allah tidak akan memertabatkan manusia ‘fasiq’ serta ‘sewel’ seperti Anwar Ibrahim untuk menjadi ‘khalifah’ utama kita. Ameen!!
Cukup-cukuplah Anwar Ibrahim dengan amalannya yang berterusan untuk menipu dan memperbodohkan rakyat Malaysia.
Rakyat tidak bodoh sepertimana kebodohan Anwar Ibrahim. Sebab itu kini Anwar Ibrahim sedang ditolak oleh rakyat.
Keputusan PRN Melaka dan Sarawak membuktikan secara jelas bahawa Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi dalam lanskap politik tanahair.
Yakinlah pada PRN Johor Anwar Ibrahim dan parti PKR bakal ditolak oleh rakyat lagi.
Selagi Anwar Ibrahim berada dalam pesada politik negara maka selagi itulah lanskapolitik tanahair kita akan menjadi haru-biru dan caca-merba!!
Manusia hipokrit dan ‘fasiq’ ini tidak pernah ikhlas dalam agenda politiknya tetapi hanya pakar ‘baling batu sorok tangan’ serta ‘tikam belakang’ demi untuk mencapai cita-cita rakusnya hendak jadi perdana menteri saja.
Percaturan politik ‘palsu’ Anwar Ibrahim amat bahaya kepada keseluruhan bangsa dan negara.
Negara kita akan terus rosak secara lebih teruk lagi sekiranya manusia ‘fasiq’ berjaya mendapat kuasa.
WAJIB BACA:
