ANWAR IBRAHIM SUDAH TIDAK RELEVAN SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

انور إبراهيم سوده تيدق ريليۏن سباڬاي كتوا ڤمبڠكڠ

Selagi Anwar Ibrahim memimpin pembangkang maka selagi itulah semua akan sangkut di takuk yang sama dan kemungkinan lebih teruk.

Anwar Ibrahim sudah tidak laku lagi. Beliau sudah tidak relevan lagi untuk terus menjawat jawatan Ketua Pembangkang.

Dulu semua pihak khususnya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PH mendakwa secara tidak berasas kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad mungkir janji tidak mahu izinkan anwar untuk jadi Perdana Menteri Malaysia.




Tetapi kini dengan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad dan blok PEJUANG terhadap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri; beliau tetap kalah!!

Ini membuktikan bahawa jika Anwar Ibrahim terus memimpin PH maka gabungan pembangkang akan terus berada di tahap status quo sepertimana pada hari ini.

Jawatan Ketua Pembangkang mesti digantikan dengan muka baru khususnya di kalangan pemimpin muda yang lebih dinamis.

Kaedah politik lapuk Anwar Ibrahim sudah berlalu ditelan zaman!! Modus operandi politik kolot Anwar Ibrahim sudah out-dated!!

Saya hendak tanya Anwar Ibrahim di mana ‘convincing’ serta ‘formidable numbers’ Anwar Ibrahim?!

Sudah berkali-kali Anwar Ibrahim menipu keseluruhan rakyat Malaysia!!

Sekiranya Anwar Ibrahim mempunyai cukup sokongan di kalangan Ahli-Ahli parlimen; kenapa tidak buktikan sekarang ini?!

Loading...

Ini masa yang tepat bagi Anwar Ibrahim membuktikan kekuatan sokongan yang ada pada beliau untuk jadi Perdana Menteri.

Apa macam pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli parti PKR?!

Apakah mereka semua sudah sedar bahawa selama ini hanya diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim semata-mata?!

Dengan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad dan blok ketiga pun Anwar Ibrahim telah tewas untuk dapat sokongan majoriti dari Ahli-Ahli parlimen?!

Kini, sudah tiba masanya untuk semua berhenti main politik dan terus main peranan masing-masing kearah membantu membangunkan semula negara kita yang tercinta ini.

Kita juga berharap agar kerajaan baru yang dipimpin oleh dato seri ismail sabri akan bersifat inklusif bagi membuka ruang kepada semua pemimpin-pemimpin politik dapat menghulurkan peranan proaktif kearah membantu kerajaan menyelesaikan pandemik Covid19, penderitaan rakyat serta masalah ekonomi  negara khususnya.

Sebab itu pendirian kita amat konsisten bahawa menubuhkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad amat penting kepada negara buat masa ini.

Pengalaman luas Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menangani krisis bertaraf dunia mempunyai track records yang amat baik.

Negara boleh munafaatkan kewibawaan serta pengalaman luas Tun Dr Mahathir Mohamad kearah mencari satu formula bagi menyelesaikan semua permasalahan masakini secara secepat yang mungkin.

Asas pentadbiran negara boleh dijalankan secara parallel di antara kerajaan dan Majlis Pemulihan Negara.

Walau apapun perbedaan fahaman politik di antara kita; hakikatnya Malaysia adalah tanah tumpah darah untuk keseluruhan rakyat.

Semua pihak kini mesti pegang kepada motto ‘Nation First!!’



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...