“Tonton juga penjelasan tambahan dari saya menerusi video di hujung bawah, atau KLIK DI SINI UNTUK TONTON“
Raggie Jessy Rithaudeen
انور إبراهيم تڠه مڽسل ڬيلا، اين سببڽ
Ramalan yang dibuat berkali-kali oleh The Third Force (TTF) berhubung pencapaian PKR, DAP, AMANAH, PAS dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 cukup tepat.
Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan, PKR hilang 16 kerusi, DAP hilang 2 kerusi, AMANAH hilang 3 kerusi dan Barisan Nasional (BN) menang antara 29-32 kerusi.
PAS pula mencatatkan peningkatan sebanyak 31 kerusi.
TTF turut meramalkan lebih 72 peratus pengundi berdaftar akan keluar mengundi, dan lebih 80 peratus pengundi Cina akan membuang undi.
Bagaimanapun, ramalan berhubung jumlah kerusi GTA, Perikatan Nasional dan WARISAN tersasar, dan ini disebabkan penurunan besar dalam peratus pengundi Melayu-Islam yang keluar mengundi berbanding masyarakat Cina dan India.
Penurunan ini di luar jangkaan semua badan penyelidik.
Berdasarkan kajian, banyak zon putih BN di kawasan bandar berubah menjadi kelabu dan hitam apabila pengundi Melayu-Islam di situ kurang keluar mengundi.
Zon-zon ini seharusnya memanfaatkan PEJUANG dan PKR kerana kawasan itu berada di bandar-bandar utama dan melibatkan orang Melayu-Islam yang berfikiran lebih terbuka.
Sekiranya PKR menerima tawaran PEJUANG untuk bekerjasama, sudah pasti kerjasama ini akan menjadi alternatif kepada UMNO bagi pengundi Melayu-Islam di kawasan bandar.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding atas tiket PKR dan menyeru seluruh masyarakat Melayu-Islam untuk mengundi calon PKR bagi menghukum Kleptokrat UMNO.
Atas sebab itu, PKR sendiri mendapat manfaat daripada kehadiran Mahathir dan berjaya mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.
Namun, disebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ingin bekerjasama dengan Mahathir, PKR hilang 16 kerusi dan Pakatan Harapan hilang 13 kerusi tambahan disebabkan ketiadaan Bersatu.
Mustahil Pakatan Harapan boleh mencapai majoriti mudah tanpa Mahathir – sokongan daripada kaum Cina dan India sudah lama berada pada tahap maksimum, dan tidak mungkin PH akan mendapat manfaat tambahan daripada kaum-kaum ini.
Anwar seharusnya sedar bahawa satu-satunya cara PH boleh bertapak semula di Putrajaya ialah dengan bekerjasama dengan seorang bekas “heavyweight” UMNO yang pernah menjadi Perdana Menteri.
Ini bagi meraih undi dendam Melayu bandar yang berdendam terhadap UMNO dan ingin menghukum parti itu.
Ramai di kalangan masyarakat Melayu-Islam UMNO di kawasan bandar memilih untuk tidak keluar mengundi kerana tidak yakin dengan Anwar dan kemampuan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk menang apabila PH dan GTA gagal bekerjasama.
Sebaliknya, jika Anwar bekerjasama dengan Mahathir, pengundi UMNO di kawasan bandar akan yakin sepertimana pada Pilihan Raya Umum ke-14, dan sudah pasti PH-GTA akan memenangi majoriti mudah atau dua per tiga.
TTF turut meramalkan dengan tepat bahawa PAS akan menunjukkan peningkatan luarbiasa dari segi perolehan undi.
Perkara ini menjadi jelas apabila ramai pengundi Melayu-Islam UMNO di kawasan zon putih luar bandar memilih PAS.
Pengundi ini terdiri daripada golongan konservatif dan berhaluan kanan, dan mereka yakin dengan PAS kerana PAS berdamping dengan seorang bekas “heavyweight” UMNO yang pernah menjadi Perdana Menteri.
Justeru, apabila Melayu luar bandar berdendam terhadap UMNO dan ingin menghukum parti itu, mereka semestinya memilih PAS.
