Khairuddin Abu Hassan
انور إبراهيم تياد لڬسي دان تيدق ريليۏن دولو، كيني دان سلاماڽ
Inilah perangai dan gelagat Anwar Ibrahim yang sentiasa tidak senang melihat daya usaha murni Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyatu-padukan, seterusnya menguatkan kedudukan anak bangsa kita.
Pendirian serta pendekatan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan Gerakan Tanah Air (GTA) telah menyebabkan kebimbangan Anwar Ibrahim yang sedang ditolak oleh orang-orang Melayu. Keseluruhan bangsa Melayu sudah hilang keyakinan dengan Anwar Ibrahim.
Orang Melayu sudah tidak boleh terima Anwar Ibrahim lagi kerana semua mengetahui beliau adalah ‘kaki penipu’ yang tidak bermaruah. Jangan ‘jaga tepi kain orang lain’ sebaliknya Anwar Ibrahim harus urus tadbir Pakatan Harapan baik-baik, kerana beliau sendiri pun sudah tidak laku lagi. Pakatan Harapan pun amat bermasalah kini.
Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri 22 tahun dahulu telah membuktikan serta berjaya melaksanakan agenda Melayu secara berkesan, tanpa menganiayai hak bangsa-bangsa asing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Negara menjadi maju, aman makmur dalam pelbagai segi dan keseluruhan rakyat dapat hidup secara rukun aman damai.
Bangsa Melayu amat berjaya di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada waktu itu. Ekonomi Melayu mula berkembang dan jumlah tenaga profesional Melayu di kalangan anak-anak Melayu amat menyerlah di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika beliau menjadi Perdana Menteri kali pertama dahulu.
Sejak dari awal pembabitan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam arena politik beliau sudah pun memperjuangkan nasib anak bangsa secara amat konsisten sehingga kini. Sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Menteri Pelajaran lagi kita sudah melihat penambahan graduan dari kalangan anak-anak Melayu berkembang secara pesat.
Tenaga kerja professional Melayu dalam pelbagai sektor mula bertambah secara mendadak.
Pada waktu itulah kita dapat melihat ramai kalangan profesional dari kalangan anak-anak Melayu di bidang perubatan, kejuruteraan, arkitek, juruterbang, guaman serta pelbagai lagi.
Kebajikan orang-orang Melayu dari peringkat bawah hingga ke atas amat terpelihara di bawah era kepimpinan emas Tun Dr Mahathir Mohamad. Maruah Melayu berada di tahap yang paling tinggi ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir negara.
Mantan Perdana Menteri dua kali ini telah membina satu tamadun di Putrajaya yang diakui oleh dunia sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan yang terindah. Ramai tenaga profesional Melayu terlibat dalam pembikinan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya serta projek-projek pembangunan yang lain. Mereka juga terlibat dalam projek berskala besar dalam pelbagai sektor pembangunan sewaktu itu.
Malahan, di saat itu Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri adalah sebuah ‘institusi’ yang dipandang tinggi oleh dunia luar. Beliau adalah lambang kejayaan Melayu di seluruh dunia sehingga hari ini. Pelbagai gawat dan krisis ekonomi dunia dapat diatasi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut acuan tersendiri yang mengkagumkan tokoh-tokoh kewangan dunia.
Walaupun Malaysia sebagai sebuah negara membangun pada tahun lapan puluhan namun kita mampu ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan negara-negara maju sehingga mereka iktiraf Malaysia sebagai kuasa baharu ‘Harimau Asia.’ Tokoh pemimpin Melayu inilah juga yang membela kepentingan, keselamatan, keadilan serta maruah ummah sejagat di Palestine, Bosnia, Kosovo, Selatan Thailand, Selatan Filipina serta negara-negara Islam yang lain.
Sebenarnya, Anwar Ibrahim juga jangan lupa ketika Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin kerajaan PH selama 22 bulan dahulu; Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Kalau Anwar Ibrahim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad gagal maka ini bermakna isteri beliau juga gagal dan seluruh pemimpin-pemimpin Melayu Pakatan Harapan turut gagal, termasuk dirinya sendiri selaku pemimpin utama parti gabungan dalam kerajaan Pakatan Harapan.
Presiden PKR ini otak beliau berada di ‘lutut’ bukan di tempurung kepalanya. Sebab itu Anwar Ibrahim selalu cakap ‘bodoh’ serta tidak ‘berilmiah’ kerana beliau adalah ahli politik yang ‘emosional’ semata-mata. Isi hati Anwar Ibrahim hanya penuh dengan perasaan hasad dengki yang cemburu dengan kebolehan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa dihormati dari dulu, kini serta selamanya.
Kini, Anwar Ibrahim harus akui bahawa beliau tidak boleh tandingi kehebatan anugerah Allah swt kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Allah swt masih meminjamkan Tun Dr Mahathir Mohamad secara sihat waafiat kepada bumi Malaysia ini secara bersebab demi bagi menyelesaikan perjuangan yang belum selesai. Apa yang Anwar Ibrahim sumbang kepada orang-orang Melayu ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu?!
Sesungguhnya, Anwar Ibrahim tidak pernah meninggalkan sebarang legasi tetapi hanya dikenali sebagai pemimpin ‘kaki putar alam’ yang pakar ‘baling batu sorok tangan’ untuk mengamalkan dasar penjajah ‘pecah dan perintah.’ Hidup Anwar Ibrahim penuh dengan sifat hipokrasi dan penipuan memperalatkan agama untuk agenda kepentingan politik peribadinya.
Selagi Anwar Ibrahim berada dalam lanskap politik tanahair maka selagi itulah politik negara akan menjadi huru-hara.
Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan
