Anwar ingin masuk kembali UMNO

Raggie Jessy Rithaudeen

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedar masa depannya dalam Pakatan Harapan tidak begitu cerah dan sedang mengorak langkah untuk cuba mengadakan rundingan dengan ajennya dari dalam dan luar UMNO untuk membincangkan penyatuan UMNO dan PKR.

Walaupun kita tahu perkara ini tidak mungkin tercapai, disebabkan keterdesakan beliau dan seorang dua individu dari puak kartel UMNO (rujuk bawah), ajen-ajen mereka sedang berkomunikasi ke arah ini sebagai salah satu opsyen untuk mencapai impian politik masing-masing.




Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tujuh): Pergelutan kuasa sudah bermula, tunggu masa je…

Saya akan menghuraikan perkara ini dengan lebih lanjut dalam satu terbitan khas malam ini, termasuk opsyen-opsyen yang sedang dipertimbangkan oleh Anwar dan ajen-ajen beliau dari dalam dan luar UMNO.

Perkara ini bukanlah perkara baru, kerana Anwar dari tahun 1998 lagi telah cuba sedaya upaya untuk memasuki perjanjian dengan pemimpin-pemimpin tertentu dalam UMNO untuk masuk kembali ke dalam parti berkenaan agar impian beliau tercapai.

Persoalannya, apakah sebenarnya yang mendorong Anwar berbuat demikian, dan adakah Anwar sanggup meminggirkan DAP dan AMANAH?

Apakah hubungkaitnya dengan PPBM, dan adakah Anwar sedar impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan tercapai selagi adanya puak yang bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan?

Saya mencabar Anwar menafikan dakwaan ini.

Loading...

Bersambung…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...