Anwar jangan harap Mahathir beri peluang kedua

Anwar mengorak langkah memperdaya kesemua ahli parlimen kononnya beliau memiliki sokongan majoriti “hampir dua per tiga” untuk cuba cantas Mahathir. Sumber (gambar): Fail TTF

“Anwar harus mengaku secara terbuka kekhilafannya berhubung soal sokongan majoriti dan meminta maaf kepada Mahathir atas usaha sulitnya untuk memperdaya ahli-ahli parlimen agar Mahathir dan PEJUANG dipinggirkan terus oleh Pakatan Harapan”

Raggie Jessy Rithaudeen

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu duduk semeja dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk “kepentingan negara” sepertimana dicadangkan oleh Khalid Samad kerana Anwar sendiri tidak mempercayai atau ingin bekerjasama dengan Mahathir.

Ini terbukti apabila Anwar cuba menipu kesemua ahli parlimen kononnya beliau memiliki sokongan majoriti “hampir dua per tiga” dengan harapan ahli-ahli parlimen yang masih tidak bersamanya akan terperdaya dan terus menyokongnya.




“Langkah Anwar” ini dilakukan dengan niat mengetepikan terus Mahathir dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), di mana Anwar terang-terang cuba memperdaya DAP dan AMANAH bahawa beliau memiliki sokongan majoriti walaupun tidak mampu menunjukkan bukti sokongan itu kepada sekutunya sendiri.

Langkah ini akhirnya terbukti penipuan apabila Anwar gagal mempersebahkan sebarang dokumen sokongan yang sahih kepada Yang Di-Pertuan Agong walaupun mengisytiharkan “kerajaan pimpinan Muhyiddin sudah tumbang” kerana beliau “memiliki bukti kukuh sokongan majoriti hampir dua per tiga.”

Kini, apabila terbukti majoriti ahli-ahli parlimen dari UMNO (Team B), PPBM, Sabah dan Sarawak tidak menyokong Anwar dan DAP menolak terus sebarang bentuk kerjasama dengan Team A (UMNO), Anwar menggerakkan kuncu-kuncunya, termasuk Khalid Samad, untuk meyakinkan Mahathir agar mereka “duduk semeja untuk berunding.”

Ketahuilah, bahawa Mahathir bukannya seorang naif yang “baru sahaja menceburi bidang politik” hingga sanggup merangkak kepada Anwar untuk cuba berdamai.

Ini kerana apa yang dilakukan oleh Anwar selama ini jelas tiada kaitan dengan “kepentingan negara,” tetapi kepentingan peribadi Anwar dan keluarganya sendiri.

Bukan hanya Anwar dan otai-otainya terus menerus mengungkit isu peralihan kuasa untuk menyahstabilkan pentadbiran Mahathir terdahulu, Anwar terang-terang cuba mencantas Mahathir selepas mendapat tahu gandingan Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

Atas sebab itulah Anwar mengorak langkah untuk cuba memperdaya kesemua ahli parlimen kononnya beliau memiliki sokongan majoriti “hampir dua per tiga.”

Loading...

Bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur.

Daripada cuba menggerakkan otai-otainya untuk terus memutar-belit keadaan, Anwar harus mengaku secara terbuka kekhilafannya berhubung soal sokongan majoriti dan meminta maaf kepada Mahathir atas usaha sulitnya untuk memperdaya ahli-ahli parlimen agar Mahathir dan PEJUANG dipinggirkan terus oleh Pakatan Harapan.

Anwar perlu ingat, Mahathir memberikan terlalu banyak peluang kepadanya untuk berdamai dan sanggup membenarkan Anwar mempengerusikan mesyuarat tergempar Pakatan Harapan Plus di ibu pejabat PKR sebagai tanda ingin bekerjasama dengan beliau.

Malangnya, Anwar tetap berdegil untuk dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Plus walaupun tahu majoriti ahli-ahli parlimen tidak menyebelahinya, khususnya ahli-ahli parlimen dari PPBM, Sabah dan Sarawak.

Atas sebab itulah Mahathir bertindak membentuk Blok Bebas Kuasa Ketiga (BBKK), di mana sokongan terhadapnya melonjak terus sejurus selepas pelancaran blok itu atas keyakinan ahli-ahli parlimen bahawa beliau sudah menjarakkan dirinya daripada Anwar.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...