‘Anwar kantoi menipu, hanya miliki sokongan 91 ahli parlimen sahaja’

Bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

ءانور كنتوءي منيڤو، هاڽ ميليكي سوكوڠن 91 اهلي ڤرليمين سهاجء

Ke bawah DYMM Agong tak perlu layan serta buang masa dengan kerenah sia-sia Anwar Ibrahim.

Strategi Anwar Ibrahim pada waktu ini hanyalah satu ‘perang psikologi’ untuk memancing ahli-ahli parlimen semata-mata.

Dia tidak ada sokongan majoriti yang cukup bagi menyokongnya menjadi perdana menteri.




Saya juga berharap parti Amanah dan DAP jangan lagi ulangi kesilapan untuk terus membiarkan Anwar Ibrahim menipu mereka.

Usah biarkan Anwar Ibrahim terus memperbodohkan mereka sepanjang masa.

Ini yang Anwar Ibrahim seronok sangat dengan Amanah serta DAP kerana dia berjaya meyakinkan mereka dengan segala tipu muslihat beliau.

Cukup-cukuplah nak menipu pun janganlah sampai menyusahkan pihak Istana dan keseluruhan rakyat yang sedang menghadapi dilema pandemik covid-19.

Tak perlu gugat kestabilan politik masakini, tindakan Anwar Ibrahim adalah ‘dongeng politik’ saja.

Pejabat Setiausaha Sulit DYMM Agong harus meminta salinan senarai ahli-ahli parlimen yang kononnya menyokong Anwar Ibrahim terlebih dahulu untuk makluman DYMM Agong sebelum memperkenankan ‘kaki penipu’ ini untuk mengadap.

Bila Anwar Ibrahim hantar senarai ahli-ahli parlimen yang kononnya menyokong beliau; pejabat SUK DYMM Agong harus menghubungi seorang demi seorang ahli-ahli parlimen bagi mendapat kepastian.

Loading...

Sekiranya benar barulah perkenankan Anwar Ibrahim mengadap Ke Bawah DYMM Agung.

Kalau keputusan di sebaliknya tak perlu langsung memperkenankan Anwar Ibrahim mengadap DYMM Agong, buang masa Tuanku saja.

Sesungguhnya, saya amat yakin Anwar Ibrahim hanya menipu dan bohong.

Cukup-cukuplah melayani kerenah dan tabiat buruk Anwar Ibrahim yang sedang ‘mabuk kuasa’ untuk jadi Perdana Menteri.

Tindakan bodoh ini sudah dibuat Anwar Ibrahim berkali-kali tapi akhirnya ‘habuk pun tak ada’.

Banyak lagi kerja-kerja lain yang lebih berfaedah yang boleh kita lakukan dari melayan ‘manusia sewel’ semacam Anwar Ibrahim.

Bukan setakat majoriti ahli-ahli parlimen yang tak mahu Anwar Ibrahim tetapi pada realitinya keseluruhan rakyat pun menolak beliau.

Presiden PKR ini sudah tidak relevan lagi. Selagi beliau berkecimpung dalam politik maka selagi itulah lanskap politik negara kita akan jadi huru-hara.

Sepatutnya Anwar Ibrahim ‘manusia berpenyakit’ harus bersyukur sekurang-kurangnya dia sudah jadi ‘perdana menteri menanti’ paling lama di negara kita sejak tahun 1999!

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...