Anwar kantoi, sumber dakwa ‘show is not over’…

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber (gambar): Fail TTF

“Keputusan undian Belanjawan 2021 MEMBUKTIKAN Anwar tidak memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen”

Raggie Jessy Rithaudeen

Ada dua versi mengapa Belanjawan 2021 diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan undi 111 lwn 108 petang tadi.

Dalam versi pertama (rujuk pendedahan penuh di bawah), ada di kalangan ahli-ahli parlimen Team B yang mungkin ingin parlimen dibubarkan terlebih dahulu sebelum mereka bersekutu secara terbuka dengan Blok Bebas Kuasa Ketiga ke arah Pilihan Raya Umum ke-15.

Menurut sumber dalaman, kumpulan ahli-ahli parlimen dari UMNO ini tidak yakin sebuah kerajaan stabil mampu terbentuk memandangkan sikap “dua kali lima” ahli-ahli parlimen lain dan lebih rela berjuang di pentas pilihan raya.




Ada juga yang dikhabarkan keliru dengan halatuju sebenar WARISAN setelah parti itu tidak memberi sokongan kepada PEJUANG 26hb November lalu apabila Belanjawan 2021 melalui undian peringkat dasar.

Tengku Razaleigh harus tinggalkan UMNO sebelum parlimen bubar

Tetapi menurut versi kedua, Team B sengaja tidak membenarkan Belanjawan 2021 gagal bagi membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen sepertimana yang diwar-warkanya selama ini.

Benar atau tidak, itulah hakikatnya – keputusan undian tadi MEMBUKTIKAN Anwar tidak memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

Andai kata versi kedua benar, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan tidak akan bertahan lama kerana sesuatu dijangka akan berlaku dalam masa terdekat.

Saya kurang yakin dengan versi kedua ini, tetapi sama-samalah kita lihat versi mana satu yang benar…

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...