Anwar keluar kenyataan mencurigakan di Facebook

Dalam satu kenyataan, Mahathir hari ini mengumumkan keputusan yang dicapai untuk menamakan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri ke-9. Sumber (gambar): Fail TTF

انور كلوار كڽاتأن منچوريڬاكن د فاچبووق

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi berkata politik tidak sekadar perebutan kuasa tetapi juga tentang bagaimana ia mahu diterjemahkan. 

Menerusi satu terbitan di laman Facebooknya, Anwar turut mempersoal samada misi utama adalah untuk membela rakyat atau sekadar meneruskan sistem lama yang lapuk dan using.

Kenyataan Anwar dilihat agak mencurigakan, seolah-olah beliau secara halus mengutuk perbincangan yang diadakan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin DAP dan AMANAH baru-baru ini.

Sementara itu, ditanya adakah PKR setuju dengan pencalonan Shafie, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata PKR akan membincangkan masalah itu dengan sekutu di dalam PH.


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi berkata politik tidak sekadar perebutan kuasa tetapi juga tentang bagaimana ia mahu diterjemahkan. 

Menerusi satu terbitan di laman Facebooknya, Anwar turut mempersoal samada misi utama adalah untuk membela rakyat atau sekadar meneruskan sistem lama yang lapuk dan using.




Kenyataan Anwar dilihat agak mencurigakan, seolah-olah beliau secara halus mengutuk perbincangan yang diadakan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin DAP dan AMANAH baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Mahathir hari ini mengumumkan keputusan yang dicapai menerusi perbincangan berkenaan untuk menamakan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri ke-9.

Menurut Mahathir, perbincangan tidak rasmi itu turut menamakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Anwar sendiri sebagai calon-calon Timbalan Perdana Menteri I dan II.

Sementara itu, ditanya adakah PKR setuju dengan pencalonan Shafie, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata PKR akan membincangkan masalah itu dengan sekutu di dalam PH.

“Saya juga diberi maklum Amanah dan DAP akan bawa kepada perbincangan PH.

“Sehingga perkara ini dibawa kepada PH, PKR akan memberikan pandangan dalam mesyuarat PH,” beliau dilaporkan berkata oleh Malaysiakini. 

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...