
“Anwar sebenarnya terkena getah dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berjanji untuk membawa UMNO seketul menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-9”
Raggie Jessy Rithaudeen
انور كنا ڬيته دڠن زاهيد، محي الدين صح تياد ماجوريتي
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mendakwa memiliki sokongan majoriti hampir dua per tiga bukan hanya tidak pernah memiliki sokongan majoriti mudah, jumlah ahli parlimen yang menyebelahinya tidak pernah melepasi angka 91.
Kini, sokongan itu makin menyusut berikutan tindakan beberapa ahli parlimen menjarakkan diri daripadanya, sekaligus menjadikan jumlah ahli parlimen yang menyokong Anwar jauh kurang dari angka 90.
Perkara ini disahkan oleh beberapa orang dalam yang boleh dipercayai, secara berasingan, di mana kesemuanya tahu berkenaan rancangan Anwar untuk cuba memperdaya ahli-ahli parlimen dengan harapan beliau akan mampu meraih sokongan majoriti menerusi penipuan itu.
Saya turut dapat mengesahkan di sini bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memiliki sokongan majoriti dan tidak seharusnya kekal sebagai Perdana Menteri memandangkan sokongan ahli-ahli parlimen terhadapnya jauh kurang dari angka 111.
Anwar sebenarnya terkena getah dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berjanji untuk membawa UMNO seketul menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Walaubagaimanapun, sehingga kini, Zahid gagal meyakinkan ahli-ahli parlimen dari UMNO walaupun memberikan ‘tiket percuma’ kepada mereka untuk menyokong Anwar apabila mengumumkan beliau tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimen dari Barisan Nasional yang ingin berbuat demikian.
Jumlah keseluruhan ahli parlimen dari Barisan Nasional yang menyokong Anwar kini tidak melebihi sepuluh orang, manakala jumlah yang menyokong kepimpinan Muhyiddin kurang dari angka itu.
Saya akan memperincikan perkara ini dengan lebih lanjut menerusi satu lagi terbitan yang bakal menyusul dan menerusi satu sesi live di Facebook Raggie Jessy Rithauden 10 malam ini.
Buat masa ini, saya dapat mengesahkan bahawa sokongan majoriti sudah lama memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih belum mengorak sebarang langkah buat ketika ini.
Saya dengan ini mengisytiharkan, secara rasmi, bahawa Anwar tidak akan mampu membuktikan apa-apa kepada Yang Di-Pertuan Agong apabila menghadap Baginda Tuanku kelak kerana senarai Anwar disediakan dengan cara “tangkap muat” sahaja tanpa izin ramai ahli parlimen.
Bersambung…
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
