Anwar kini boleh dipanggil sebagai saksi kes serangan Farhash terhadap Yusoff

TTF difahamkan bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh Yusoff disyaki telah dikeluarkan oleh ‘tangan ghaib’ di antara masa laporan hasil siasatan disiapkan dan sebelum ianya sampai ke Pejabat Peguam Negara. Sumber (gambar): TTF

انور كيني بوليه دڤڠڬيل سباڬاي سقسي كيس سراڠن فرهسه ترهادڤ يوسف

Presiden PKR kini boleh dipanggil sebagai saksi material oleh Mahkahah untuk memberi keterangan dalam saman sivil Muhammed Yusoff Rawther terhadap setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Semalam, peguam Yusoff, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, mengesahkan bahawa tindakan-tindakan yang difailkan oleh Yusoff terhadap Farhash dan juga seorang lagi pembantu Anwar, Tunku Nashrul, akan disebut oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 20hb Mac 2020.

Hari ini pula, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan baru daripada Yusoff berhubung dakwaan beliau diserang oleh Farhash berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh Yusoff September tahun lalu.

Sebelum ini, pihak Timbalan Pendakwa Raya memutuskan bahawa kes tidak akan diteruskan kerana “tiada saksi untuk menyokong pendakwaan,” dan “tiada sebarang kesalahan jenayah telah berlaku.”

Anehnya, keputusan ini dibuat biarpun Yusoff mengemukakan bukti-bukti sahih kepada pihak yang berkaitan semasa membuat laporan polis.


PETALING JAYA: Presiden PKR kini boleh dipanggil sebagai saksi material oleh Mahkahah untuk memberi keterangan dalam saman sivil Muhammed Yusoff Rawther terhadap setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Saman tersebut berkait dengan dakwaan Yusoff bahawa beliau diserang oleh Farhash pada 16hb Mei 2019 menyebabkan beliau mengalami kecederaan serius di bahagian bahu dan tangan kanannya.




Yusoff kemudian membuat laporan polis dan dikhabarkan melampirkan beberapa bahan bukti, termasuk laporan perubatan, gambar-gambar kecederaan dan bukti ketiga yang tidak dapat disebut ketika ini.

Semalam, peguam Yusoff, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, mengesahkan bahawa tindakan-tindakan yang difailkan oleh Yusoff terhadap Farhash dan juga seorang lagi pembantu Anwar, Tunku Nashrul, akan disebut oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 20hb Mac 2020.

Ini susulan tindakan Mahkamah berkenaan menolak permohonan oleh Farhash dan Tunku untuk membatalkan beberapa bahagian di dalam tuntutan Yusoff yang menyentuh nama dan perkara berkaitan dengan Anwar yang muncul di dalam kes terhadap mereka.

Hari ini pula, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan baru daripada Yusoff berhubung dakwaan beliau diserang oleh Farhash berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh Yusoff September tahun lalu.

Menurut sumber dalaman, siasatan berkenaan merupakan “siasatan semula” yang diarahkan oleh Pejabat Peguam Negara yang turut mahukan laporan hasil siasatan dikemukakan kepadanya selewat-lewatnya esok.

TTF difahamkan oleh sumber tersebut bahawa Pegawai Penyiasat yang mengambil keterangan daripada Yusoff tahun lepas berbeza orangnya dengan pegawai yang mengambil kenyataan daripadanya hari ini.

Sebelum ini, pihak Timbalan Pendakwa Raya memutuskan bahawa kes tidak akan diteruskan kerana “tiada saksi untuk menyokong pendakwaan,” dan “tiada sebarang kesalahan jenayah telah berlaku.”

Loading...

Anehnya, keputusan ini dibuat biarpun Yusoff mengemukakan bukti-bukti yang disebutkan di atas kepada pihak yang berkaitan semasa membuat laporan polis.

TTF kemudian diberitahu oleh sumber yang sama bahawa bukti-bukti berkenaan disyaki telah dikeluarkan oleh ‘tangan ghaib’ di antara masa laporan hasil siasatan disiapkan dan sebelum ianya sampai ke Pejabat Peguam Negara.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...