Anwar lupa, Mahathir menang atas tiket PKR, bukan PPBM

“Bukan hanya bilangan kerusi yang dipegang oleh sesebuah parti politik tidak jadi kriteria dalam pemilihan Perdana Menteri, Perlembagaan Persekutuan “buta parti” setakat mana ianya melibatkan pelantikan berkenaan oleh Yang di-Pertuan Agong”

Raggie Jessy Rithaudeen

انور لوڤا، محضير منڠ اتس تيكيت ڤقر، بوكن ڤڤبم

Saudara saudari yang dikasihi sekalian,




Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan mentapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan

Ini bermakna:

1. Sekiranya seorang ahli parlimen terbukti memiliki sokongan sekurang-kurangnya 112 ahli parlimen lain, beliau layak dipertimbangkan untuk jawatan Perdana Menteri.

2. Sekiranya Yang di-Pertuan yakin bahawa seorang ahli parlimen yang tidak dapat buktikan beliau memiliki sokongan majoriti Dewan Rakyat boleh mendapat kepercayaan majoriti, Tuanku berhak menggunakan budi bicaranya untuk melantik individu berkenaan sebagai Perdana Menteri.

3. Pertimbangan Yang di-Pertuan dalam isu pelantikan Perdana Menteri tidak melibatkan parti dari mana seseorang individu berasal, cuma keahlian individu berkenaan dalam Dewan Rakyat.

4. Ini sekaligus bermakna Perlembagaan Persekutuan “buta parti” setakat mana ianya melibatkan isu pelantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.

Inilah sebenarnya yang kurang difahami oleh ramai pemimpin PKR, khususnya, para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Loading...

Ada di antara mereka mungkin faham tetapi buat-buat tidak faham dengan harapan ahli-ahli parlimen yang masih tidak arif perihal syarat pelantikan Perdana Menteri akan mempercayai kesahihan tuntutan-tuntutan palsu mereka.

Hakikatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika ini memiliki sokongan 132 hingga 140 ahli parlimen dan paling layak menerajui Kerajaan Persekutuan.

Biarpun begitu, seandainya kedua-dua Mahathir dan Anwar masing-masing tidak memiliki sokongan majoriti, Yang di-Pertuan Agong berhak secara perlembagaan untuk mengekalkan Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya Tuanku, pada hematnya, yakin:

1. Mahathir lebih dipercayai majoriti ahli Dewan Rakyat atau mungkin mendapat kepercayaan majoriti, dan

2. Tidak ada ahli Dewan Rakyat selain daripada Mahathir dan Anwar yang memiliki sokongan majoriti

Sebenarnya, prinsip yang sama digunapakai bagi pelantikan Menteri Besar.

Jika saudara saudari ingat, ketika Langkah Kajang, Anwar dan Lim Kit Siang bertegas ingin jadikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dengan alasan Wan Azizah memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Walaubagaimanapun, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menolak pencalonan Wan Azizah dan bertegas pihak Pakatan Rakyat perlu kemukakan nama tiga calon ke Istana untuk pertimbangan bagi jawatan Menteri Besar.

Sultan Sharafuddin akhirnya melantik Datuk Seri Azmin Ali bagi menggantikan Khalid, sekaligus bermakna seorang ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak dapat buktikan sokongan majoriti boleh diangkat sebagai Menteri Besar selagi Tuanku Sultan pada hematnya yakin beliau mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan.

Ya, tidak mustahil majoriti ahli Dewan Perundangan Negeri sanggup memberi kepercayaan kepada lebih daripada seorang calon bagi jawatan Menteri Besar jika keadaan memerlukan mereka berbuat demikian.

Begitu juga, tidak mustahil mereka sanggup memberi peluang kepada individu selain dari individu yang dipilih oleh parti politik bagi jawatan Menteri Besar jika keadaan memerlukan mereka berbuat demikian.

Sama juga keadaannya di peringkat persekutuan.

Dakwaan penyokong-penyokong Anwar kononnya PKR memiliki kerusi terbanyak di Dewan Rakyat dan seharusnya menentukan siapa memegang jawatan Perdana Menteri tidak masuk akal dan juah tersasar dari kebenaran.

Bukan hanya bilangan kerusi yang dipegang oleh sesebuah parti politik tidak jadi kriteria, sepertimana yang telah saya jelaskan, Perlembagaan Persekutuan “buta parti” setakat mana ianya melibatkan pelantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tetapi jika penyokong-penyokong Anwar tetap berdegil inginkan PKR menentukan siapa yang layak menjawat jawatan Perdana Menteri, mereka perlu ingat, Mahathir menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 sebagai ahli Dewan Rakyat bukan atas tiket PPBM, tetapi PKR.

Justeru, orang yang paling layak menjadi Perdana Menteri tak lain tak bukan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang turut merupakan satu-satunya ahli parlimen ‘dari PKR’ yang sah memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Setakat ini sahaja buat ketika ini, saya akan huraikan perkara ini (secara live) dengan lebih lanjut 10 malam Khamis ini menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK TERUS DI SINI).

Saya turut akan kembali esok dengan bahagian kedua artikel di bawah dan menjawab beberapa soalan yang diajukan kepada saya menerusi email [email protected]

Sebab sebenar Zahid tidak setuju runding dengan Anwar (Bahagian Satu)



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...