Anwar main peranan besar cetus Langkah Sheraton (Pendedahan)

“Mahathir enggan bekerjasama dengan Kluster Mahkamah, tetapi orang-orang Anwar mengadakan rundingan demi rundingan dengan bebrapa ahli Kluster Mahkamah bagi membincangkan kemungkinan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan membentuk Jajaran Politik Baharu”

Raggie Jessy Rithaudeen

انور ماءين ڤرانن بسر چتوس لڠكه سهيرتون

Tahukah saudara saudari bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang individu yang ‘membantu’ cetuskan Langkah Sheraton?

Dengan mengungkit-ungkit isu peralihan kuasa hampir setiap hari dan mengadakan sidang-sidang media bagi mengumumkan sokongan ahli-ahli parlimen terhadapnya, Anwar berjaya menakutkan hampir kesemua pemimpin PPBM.




TONTON: PENYAKIT ANWAR MAKIN SERIUS

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil kesempatan terhadap ketakutan ini dengan mengusulkan pengunduran PPBM dari Pakatan Harapan, kononnya untuk mencantas komplot jahat Anwar terhadap kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ternyata tipu helah Muhyiddin berjaya apabila kerajaan pimpinan Pakatan Harapan berjaya ditumbangkan, dan kesemuanya disebabkan sikap kemuaruk kuasa Anwar dan Muhyiddin yang memudaratkan politik negara hingga ke hari ini.

Namun, bagi mengelirukan rakyat, Anwar dan otai-otainya menuding jari terhadap Mahathir kerana meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan menuduhnya memungkiri janji yang terkandung dalam “Pelan Peralihan Kuasa.”

Anwar menipu?

Anwar sah menipu.

Bukan itu sahaja, Anwar tidak ingin rakyat tahu bahawa beliau sendiri gagal menuruti salah satu daripada syarat yang terkandung dalam dokumen bertarikh 6hb Januari 2018, yang ditandatangani oleh Mahathir bersama pemimpin-pemimpin parti-parti komponen Pakatan Harapan.

Dalam dokumen tersebut, yang diterbitkan semula pada 26hb April 2021 oleh The Third Force untuk tatapan umum, terdapat satu perengan penting yang berkait dengan isu peralihan kuasa, yang berbunyi:

“Untuk memperkukuh kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan dan memperteguh muafakat antara parti-parti anggota, proses undang-undang untuk mendapatkan pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera, selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara, agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan kemudiannya diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke-8.

Loading...

Perhatikan bahagian yang dihitamkan. Ianya membawa makna:

1. Selepas dibebaskan, Anwar perlu berperanan terlebih dahulu dalam kerajaan pimpinan Mahathir

2. Kemudian, selepas satu tempoh, Anwar akan diangkat sebagai calon Perdana Menteri, bukannya Perdana Menteri.

Tidak ada sebarang tarikh atau tempoh yang ditetapkan, dan tidak ada sebarang penetapan yang berbunyi, “Anwar akan diangkat sebagai Perdana Menteri selepas dua tahun.”

Hakikatnya, pelantikan Perdana Menteri hanya boleh dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong berpandukan sokongan majoriti ahli-ahli parlimen, dan dalam tempoh 22 bulan Mahathir menjadi Perdana Menteri, Anwar gagal mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen walaupun berusaha berulang kali untuk mengumpul akuan-akuan bersumpah.

Malah, bukan hanya Anwar gagal berperanan dalam kerajaan, beliau secara terbuka menolak sebarang tawaran untuk berkhidmat dalam kerajaan, berbekalkan alasan kononnya beliau “ingin berehat” dan  menunggu masa untuk “mengambil alih” tampuk kepimpinan negara.

Bukankah ini melanggari syarat persefahaman yang dicapai?

Kenapa Mahathir letak jawatan?

Mahathir berpegang kepada prinsip dan tidak ingin mengkhianati asas perjuangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Bagi Mahathir, Pakatan Harapan bertungkus lumus untuk mengalahkan Kleptokrat UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14, dan adalah tidak wajar untuk beliau bekerjasama dengan pihak yang dikalahkannya.

Disebabkan itu, Mahathir tidak bersetuju untuk bersama Muhyiddin dan PPBM membentuk kerajaan ‘Melayu-Islam’ bersama Kleptokrat UMNO dan PAS.

Justeru, apabila Muhyiddin membawa PPBM keluar daripada Pakatan Harapan, kerajaan pimpinan Mahathir tidak lagi memiliki majoriti yang diperlukan untuk mentadbir urus negara.

Atas sebab itulah Mahathir meletakkan jawatan – ianya bukan pilihan, tapi kewajipan berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Inilah yang Anwar dan otai-otainya gagal jelaskan kepada rakyat.

Jadi Mahathir mempertahankan mandat rakyat dan asas perjuangan Pakatan Harapan?

Ya, dan pihak yang mengkhianati mandat rakyat dan asas perjuangan Pakatan Harapan tidak lain dan tidak bukan Anwar Ibrahim.

Mahathir enggan bekerjasama dengan Kluster Mahkamah, tetapi orang-orang Anwar mengadakan rundingan demi rundingan dengan bebrapa ahli Kluster Mahkamah bagi membincangkan kemungkinan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan membentuk Jajaran Politik Baharu.

Keakraban Anwar bersama ahli-ahli Kluster Mahkamah menjadi nyata apabila Anwar berjaya meraih sokongan bertulis daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Anwar melakukan semua ini selepas ‘menendang’ Mahathir keluar dari jawatan Pengerusi Pakatan Harapan, biarpun tahu bahawa Mahathir bukan lagi pengerusi PPBM dan mempertahankan maruah dan asas perjuangan Pakatan Harapan.

Ini menjadikan Anwar pengkhianat mandat rakyat, dan semua ini mencadangkan bahawa Anwar bersekongkol dengan dengan Kluster Mahkamah dari awal lagi – barangkali sebelum Langkah Sheraton lagi – untuk mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri.

Maka tidak hairanlah Anwar tidak ingin berkhidmat dalam kerajaan pimpinan Mahathir, dan tidak hairanlah Anwar dan otai-otainya menipu berhubung “Pelan Peralihan Kuasa” yang mula diwar-warkan tidak sampai tiga bulan selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.

WAJIB BACA:

Najib tok kok – Maybe he found out Palace won’t dissolve parliament and Anwar could be DPM, unless there is Political Emergency



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...