
“Sikap Anwar bakal menyebabkan Pakatan Harapan hangus terus jika beliau kekal sebagai Pengerusi gabungan berkenaan”
Raggie Jessy Rithaudeen
انور ماكين هاري ماكين ڬيلا تاهڤ ءديقتاتور كجمء
PKR hari ini dilaporkan menggantung ketua wanita, Haniza Talha, sehari selepas parti berkenaan memecat bekas setiausaha akhbar Baru Bian, Vernon Kedit, tanpa diberi peluang pembelaan.
Menurut laporan, penggantungan Haniza adalah sementara menunggu siasatan lembaga disiplin atas pertemuan beliau dengan bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali bersama Zuraida Kamaruddin.
PKR turut dilaporkan menghantar surat tunjuk sebab kepada naib presidennya, Tian Chua.
Sebelum ini, PKR bertindak memecat Azmin dan Zuraida apabila kedua-dua mereka bertindak keluar parti sehari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.
Walaubagaimanapun, pengumuman pemecatan mereka oleh Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution agak aneh memandangkan Azmin mengumumkan pengundurannya dari parti bersama Zuraida dan sembilan ahli parlimen PKR yang lain.
Sehingga kini, belum ada pengumuman pemecatan mana-mana ahli PKR dari sekumpulan sembilan ahli parlimen yang menyertai kem Azmin biarpun sebilangan besar mereka diketahui menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama Azmin dan Zuraida.
Pada 24hb November 2019 pula, PKR bertindak memecat bekas setiausaha politik Baru Bian bersama seorang lagi ahli parti atas dakwaan salah laku rasuah dan suapan yang terbukti tidak benar.
Empat hari kemudian, PKR membuat kejutan apabila Muhamad Mizan Adli Mohd Nor dan Mohd Ramly Ahmad masing-masing digugurkan dari jawatan pengerusi tetap dan timbalan pengerusi pemuda tanpa sebab munasabah.
Sementara itu, Haniza dilaporkan mempersoal penggantungannya sedangkan Anwar sendiri mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
Sikap Anwar ini bakal menyebabkan Pakatan Harapan hangus terus jika beliau kekal sebagai Pengerusi gabungan berkenaan.
