Anwar masih gagal raih sokongan majoriti, ada bukti

“Saya dengan ini mencabar Anwar untuk jangan membuang masa lagi dan dedahkan terus senarai penuh ahli parlimen yang menyokongnya berserta dokumen sah sokongan mereka itu. Lakukan jika berani…”

Raggie Jessy Rithaudeen

NOTA: Saya akan membuat live menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI) pada pukul 5 petang hari ini (25hb September 2020) berhubung Pilihan Raya Negeri Sabah yang bakal diadakan.

Sekumpulan tertentu ahli parlimen daripada jumlah yang didakwa menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menandatangani Surat Akuan Bersumpah, di mana kandungannya hanya akan didedahkan sekiranya Anwar melibatkan nama mereka.

Untuk makluman, Akuan-Akuan Bersumpah ini akan menangkis segala dakwaan dari pihak Anwar yang mungkin timbul dalam usaha terdesaknya menjadi Perdana Menteri.




Pengumpulan Akuan-Akuan Bersumpah ini telah diusahakan oleh pihak tertentu sejak semalam lagi dan membuktikan terdapat unsur penipuan dari pihak Anwar.

Sehingga kini, jumlah ahli parlimen yang menyokong Anwar masih kurang dan tak sampai pun majoriti mudah, jauh sekali dua per tiga.

Walaubagaimanapun, saya dapat mengesahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memiliki sokongan majoriti dan tidak seharusnya kekal sebagai Perdana Menteri.

Saya turut mengesahkan bahawa buat masa ini, Anwar tidak memiliki dokumen Akuan Bersumpah yang sahih dalam jumlah yang secukupnya untuk memampukan dirinya meyakinkan Yang Di-Pertuan Agong bahawa beliau memiliki sokongan majoriti.

Apa pun, Perlembagaan Persekutuan tidak ada sebarang peruntukan melibatkan dokumen Akuan Bersumpah dalam soal pelantikan Perdana Menteri.

Justeru, seandainya Anwar ingin mencuba nasib untuk menjadi Perdana Menteri, cara yang betul ialah dengan memberi tekanan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Speaker Dewan Rakyat agar sidang tergempar diadakan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Berdasarkan perkembangan ini, saya mengisytiharkan, buat kali ketiga, bahawa dakwaan kononnya Anwar memiliki sokongan majoriti ahli parlimen adalah palsu dan bertujuan memperdaya ahli-ahli parlimen.

Saya dengan ini mencabar Anwar untuk tidak membuang masa lagi dan dedahkan terus senarai penuh ahli parlimen yang menyokongnya berserta dokumen sah sokongan mereka itu.

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...