Anwar nafi ada usaha damai dengan Azmin

Berhubung Kongres Nasional PKR, Anwar berkata, hampir 80 peratus perwakilan menyatakan persetujuan untuk hadir selain menegaskan pemimpin parti itu diberi ruang untuk berbicara pada kongres berkenaan. Sumber (gambar): TTF

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan ada usaha digerakkan individu yang menjadi ‘orang tengah’ bagi mendamaikan beliau dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Anwar bagaimanapun mengakui ada bertemu beberapa pemimpin PKR dikaitkan rapat dengan Azmin, namun menegaskan perbincangan tidak menyentuh mengenai perdamaian dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Mengulas mengenai himpunan anjuran kumpulan dikaitkan dengan Azmin, Anwar bagaimanapun enggan melayan desas-desus mengenai perkara tersebut dan menegaskan, hanya satu kongres parti yang diputuskan pimpinan iaitu di Melaka.

“(Himpunan) yang lain itu tidak mewakili parti. Orang nak mesyuarat di mana pun, di hotel, terpulang. Ini negara demokrasi,” katanya.


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan ada usaha digerakkan individu yang menjadi ‘orang tengah’ bagi mendamaikan beliau dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Anwar bagaimanapun mengakui ada bertemu beberapa pemimpin PKR dikaitkan rapat dengan Azmin, namun menegaskan perbincangan tidak menyentuh mengenai perdamaian dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.




“Tidak ada persetujuan begitu, cuma saya berbincang dengan semua. Tian Chua (Naib Presiden), Sivarasa Rasiah (Ahli Majlis Pimpinan Pusat), Maria Chin Abdullah nak jumpa, (dan) Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

“Tadi (semalam) Pengarah Konvensyen PKR 2019, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Setiausaha Agung (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail). Semalam (kelmarin) ada majlis pengajian di rumah saya, ada daripada AMK dan Wanita datang.

“Saya berjumpa semua dan mesej saya jangan persulitkan kerjasama, jangan gunakan forum untuk menyerang sesiapa, muafakat untuk bangkitkan kesedaran parti dengan satu agenda,” katanya selepas mesyuarat Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen di sini hari ini.

Mengulas mengenai himpunan anjuran kumpulan dikaitkan dengan Azmin, Anwar bagaimanapun enggan melayan desas-desus mengenai perkara tersebut dan menegaskan, hanya satu kongres parti yang diputuskan pimpinan iaitu di Melaka.

“(Himpunan) yang lain itu tidak mewakili parti. Orang nak mesyuarat di mana pun, di hotel, terpulang. Ini negara demokrasi,” katanya.

Berhubung Kongres Nasional PKR, Anwar berkata, hampir 80 peratus perwakilan menyatakan persetujuan untuk hadir selain menegaskan pemimpin parti itu diberi ruang untuk berbicara pada kongres berkenaan.

“Saya percaya mesyuarat akan diadakan dengan baik, hak pimpinan untuk berbicara. Azmin merasmikan Wanita yang harus berikan penghormatan yang sesuai, (Datuk Seri Dr) Wan Azizah Wan Ismail akan rasmikan AMK dan saya akan rasmikan kongres pada 7 Disember.

Loading...

“Walaupun ada sedikit sebanyak gembar-gembur di media, saya yakin kerana pemimpin ini matang dan berpengalaman, tak kira daripada sosok, pengalaman dan kumpulan, akhirnya mereka tahu parti ini ditubuh sejak 1999 untuk memperkukuh agenda reformasi di negara kita,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...