Anwar nafi hubungannya dengan Mahathir terjejas

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menganggap tiada tarikh tertentu untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan bukanlah satu masalah. Sumber (gambar): Fail TTF

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan hubungannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terjejas berikutan tiada tarikh tertentu atau muktamad untuk beliau dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Dalam sesi soal jawab ketika program tersebut, Anwar turut berseloroh beliau telah menunggu selama 20 tahun untuk menjadi perdana menteri dan turut maklumkan dirinya akan pertahankan nilai-nilai yang diperjuangkan masa zaman muda dahulu.

Dr Mahathir sebelum ini dalam satu forum di New York memaklumkan beliau akan memegang tampuk sebagai Perdana Menteri paling lama bagi tempoh tiga tahun.

Manakala, Anwar pernah menyatakan dalam satu wawancara bahawa beliau menjangkakan mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Dr Mahathir pada tahun 2020.


SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan hubungannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terjejas berikutan tiada tarikh tertentu atau muktamad untuk beliau dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson bagaimanapun menganggap tiada tarikh tertentu untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan bukanlah satu masalah.




“Saya tidak dapat hentikan orang ramai daripada terus membuat sebarang spekulasi mengenai perkara berkenaan. Bagi saya perselisihan pendapat di antara beberapa pengikut saya dengan pengikut Dr Mahathir sejak kebelakangan ini tidak perlu diperbesarkan kerana ia suatu perkara biasa.

“Sudah ada perjanjian, tiba masanya saya rundinglah. Tidak perlu melenting, sekarang giliran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PM kenalah sokong, tiba giliran saya pula nanti, sokonglah juga.

“Kita mengamalkan konsep keterbukaan, bukan seperti UMNO yang melarang ahlinya melontarkan kritikan berhubung sesuatu perkara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Temu Anwar @UiTM di Dewan Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Dalam sesi soal jawab ketika program tersebut, Anwar turut berseloroh beliau telah menunggu selama 20 tahun untuk menjadi perdana menteri dan turut maklumkan dirinya akan pertahankan nilai-nilai yang diperjuangkan masa zaman muda dahulu.

Dr Mahathir sebelum ini dalam satu forum di New York memaklumkan beliau akan memegang tampuk sebagai Perdana Menteri paling lama bagi tempoh tiga tahun.

Manakala, Anwar pernah menyatakan dalam satu wawancara bahawa beliau menjangkakan mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Dr Mahathir pada tahun 2020.

Loading...

Sumber:


Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...