
Raggie Jessy Rithaudeen
انور، نجيب ماكين چمس دڠن ڤنيڠكتن ڤڠاروه محضير
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Wakil-wakil Angkatan Muda Keadilan (AMK) secara tidak langsung membuktikan bahawa kepimpinan PKR kini berada dalam keadaan cemas disebabkan peningkatan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kedua-dua blok pembangkang dan kerajaan.
Ini susulan desakan yang dibuat oleh AMK agar PKR menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Mahathir, sekaligus membuktikan pucuk pimpinan parti itu sedar akan pengaruh Mahathir dan tidak berani memutuskan hubungan dengannya secara rasmi.
AMK cuba memberi persepsi palsu kononnya Mahathir sedang berusaha untuk menjalin hubungan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Anwar masih relevan dan disokong ramai.
Malangnya, AMK lupa kenyataan yang dibuat oleh Mahathir sendiri pada 31hb Disember 2020, di mana beliau dengan jelas menyuarakan rasa tidak yakinnya terhadap apa yang diperkatakan oleh Anwar berhubung isu sokongan majoriti.
“Dia tak boleh jadi perdana menteri kalau tak ada sokongan yang cukup. Kalau tak ada kami, dia tak dapat sokongan yang cukup.
“Dah berapa kali dia cakap mempunyai majoriti yang kuat. Pergi baliklah,” kata Mahathir.
Ini hakikat, malah, lebih 50 peratus ahli parlimen Pakatan Harapan menolak kepimpinan Anwar bersama hampir kesemua ahli parlimen blok kerajaan, Sabah dan Sarawak.
Ini terbukti apabila Anwar berulang kali gagal menunjukkan bukti sokongan majoriti terhadapnya dan gagal mempersembahkan bukti tersebut kepada Yang Di-Pertuan Agong apabila mengadap Seri Paduka Baginda Tuanku setelah mendakwa memiliki sokongan majoriti hampir dua per tiga.
Hakikatnya, bukan hanya Anwar berjaya mengumpulkan hanya 49 surat akuan bersumpah sokongan, dia membuat kenyataan palsu dalam keadaan terdesak bagi mengelirukan ahli-ahli parlimen agar mereka khuatir dipinggirkan jika tidak menyokongnya.
Mahathir sebaliknya disokong oleh sekumpulan besar ahli-ahli parlimen dari UMNO, WARISAN, AMANAH dan juga beberapa ahli parlimen dari PKR, PAS, PPBM dan DAP.
Kesemua terbabit sudah bersedia untuk bersama Mahathir jika parlimen dibubarkan atau jika berlaku perubahan kerajaan sebelum penggal penuh parlimen Malaysia ke-14 berakhir.
Atas sebab inilah Anwar terdesak dan sedang cuba sedaya upaya untuk menimbulkan persepsi palsu kononnya Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akan menubuhkan gabungan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Bukan hanya Anwar ditolak oleh majoriti dari Pakatan Harapan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengalami nasib yang sama dalam Barisan Nasional malah ditolak lebih 90 peratus pemimpin di semua peringkat.
Justeru, rancangan ‘penubuhan gabungan baharu PH-BN’ merupakan propaganda murahan semata-mata yang ditimbulkan oleh Anwar, Najib dan Zahid atas keterdesakan mereka agar ahli-ahli parlimen keliru dan tidak memasuki perjanjian dengan blok kuasa ketiga.
WAJIB BACA:
‘Total Lockdown’: 128,150 syarikat lulus operasi, ‘pusing’ tang mana pun tak dapat ‘selamatkan’ MITI
