Anwar pandai ‘wayang kulit’ biarpun kubu kosong

“Inilah masalah sebenar dengan Anwar. Beliau selalu menjadi “overconfident,” “overexcited” dan “overemotional” (3O) semakin beliau mennghampiri garisan penamat, menyebabkan beliau menjadi kurang teliti dan banyak melakukan kesilapan”

Raggie Jessy Rithaudeen

انور ڤنداي ‘وايڠ كوليت’ بيارڤون كوبو كوسوڠ

Menjelang akhir tahun 1990-an, hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mula tegang, dicetuskan oleh pandangan yang bercanggah berhubung hal ehwal urus tadbir negara.




Pada ketika itu, Mahathir berulang kali memberitahu wartawan bahawa Anwar akan mengambil alih tugas Perdana Menteri apabila tiba masanya kelak.

Biarpun tahu Mahathir bersungguh-sungguh, Anwar tidak sabar ingin menjadi Perdana Menteri dan kerap bercerita kepada wartawan perihal isu “peralihan kuasa.”

Saban hari, sokongan terhadap Anwar dari kalangan pemimpin bahagian UMNO makin meningkat biarpun jauh ketinggalan dari Mahathir di peringkat akar umbi.

Tetapi Anwar tidak mengendahkan perkara tersebut kerana tahu sokongan boleh dibeli dengan wang. Beliau juga tahu bahawa sentimen perwakilan UMNO yang akhirnya menentukan kedudukan Presiden dikawal oleh sekumpulan pemimpin yang tamakkan wang, kuasa dan kedudukan (wkk).

Justeru, Anwar membuat keputusan untuk mencabar Mahathir secara halus di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1998 sebelum melancarkan gerakan besar-besaran mencantas Mahathir sepenuhnya.

Untuk jayakan rancangan ini, Anwar menjadikan gejala “nepotisme dan kronisme” dalam UMNO sebagai bekalan di perhimpunan UMNO dan menyerang pentadbiran Mahathir secara terbuka.

Niat Anwar pada ketika itu adalah untuk membuktikan kepada para perwakilan bahawa beliau benar-benar berani, progresif dan seorang reformis Melayu.

Loading...

Walaubagaimanapun, sebilangan besar projek kerajaan yang dirunding secara terus dijalankan oleh mereka yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Anwar serta kuncu-kuncu dan kroni-kroni beliau.

Untuk membuktikan perkara ini, Mahathir nekad menerbitkan senarai pemilik syarikat yang dianugerahkan projek kerajaan bagi mendedahkan kepada para perwakilan siapa sebenarnya yang giat memarakkan gejala “nepotisme dan kronisme” dalam UMNO.

Inilah masalah sebenar dengan Anwar. Beliau selalu menjadi “overconfident,” “overexcited” dan “overemotional” (3O) semakin beliau mennghampiri garisan penamat, menyebabkan beliau menjadi kurang teliti dan banyak melakukan kesilapan.

Tidak lama kemudian, sehari selepas sambutan Merdeka, Anwar dipecat dari kerajaan dan UMNO atas dakwaan melakukan hubungan seks luar tabii bersama adik angkatnya dan seorang pensyarah universiti.

Pada ketika itulah majoriti pemimpin UMNO sedar bahawa kubu Anwar sebenarnya kosong, di mana kebanyakkan retorik yang dimainkan berhubung “sokongan padu yang tidak berbelah-bahagi dari majoriti pemimpin” semuanya pembohongan belaka.

Ya, Anwar akan menceritakan kepada semua perihal malaikat yang dating ke kubunya dan unta yang turun dari langit untuk meragut rumput di halaman kubunya biarpun tahu kubunya itu kosong dan dipenuhi aura kejahilan dan dosa yang pasti tidak disukai malaikat.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...