
Khairuddin Abu Hassan
Syukur alhamdulillah kerana gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah mendapat sambutan hangat serta positif dari rakyat Malaysia.
Malahan, kini puak balaci Anwar Ibrahim sedang berada dalam keadaan yang teramat panik.
Reaksi serta respon rakyat Malaysia membuktikan secara jelas bahawa semua pihak yakin dengan kewibawaan Tun Dr Mahathir Mohamad serta YBM Tengku Razaleigh Hamzah.
Kedua tokoh negarawan ‘senior’ di pesada politik tanahair telah mendapat pujian mengenai semangat keikhlasan mereka kearah untuk menyelesaikan kemelut politik dan ekonomi Malaysia mutakhir ini.
Kedua tokoh negarawan ini amat berpengalaman luas di bidang politik dan ekonomi. Tun Dr Mahathir Mohamad dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak mempunyai sebarang agenda kepentingan diri tetapi ikhlas untuk membina semula ‘Malaysia Baharu.’
Rakyat kagum dengan contoh teladan baik yang dipamerkan oleh kedua tokoh negarawan ini.
Demi kepentingan bangsa serta negara kedua mereka sanggup ketepikan segala bentuk perbedaan fahaman ideologi politik mahupun ego masing- masing.
Nawaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah cukup ikhlas.
Perkara pokok yang mereka mahu capai adalah memperbetulkan segala yang tidak betul di negara kita dan seterusnya membebaskan tanahair tercinta ini dari kerajaan ‘tebuk atap’ yang sedang bekerjasama dengan kalangan kleptokrats.
Bukan PN yang mentadbir negara ini tetapi kini golongan kleptokrats yang sedang mengurus tadbir halatuju pentadbiran negara kita.
Sebab itu sekarang amalan rasuah serta salahguna kuasa sedang bermaharajalela kembali. Sejarah lama sedang berulang kembali dan ‘pisang sedang berbuah dua kali’ juga.
Rakyat semakin takut dengan perkembangan negatif ini tambahan pula muhyiddin yassin tidak mempunyai kemampuan langsung kearah menganjakkan semula Malaysia ke tahap yang membanggakan.
Semakin hari keadaan politik dan ekonomi negara menjadi semakin teruk. Puak kleptokrats seorang demi seorang sedang dibebaskan dari tindakan undang-undang.
Lihat saja Tengku Adnan Mansor boleh anjurkan majlis nikah berkonsepkan ‘go thru’ di hadapan pintu masuk kompleks mahkamah Putrajaya.
Putrajaya Holdings harus terangkan kepada rakyat Malaysia mengapa majlis peribadi dibenarkan dianjur di hadapan ‘Palace of Justice?’
Apa yang membimbangkan lagi rakyat adalah sikap menipu Anwar Ibrahim yang sedang ‘bermimpi di siang hari’ dengan mendendangkan alunan penipuan bahawa beliau mempunyai cukup jumlah sokongan majoriti kononnya untuk jadi perdana menteri.
Kajian Data Raya (Big Data) telah membuktikan secara telus dan jelas bahawa rakyat Malaysia mahukan angin perubahan secepat mungkin dengan kepimpinan negara diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah.
AMK Keadilan yang haprak harus baca laporan dari Kajian Data Raya secara fokus.
Pemimpin-pemimpin AMK Keadilan yang terdiri dari ‘bangsat politik hingusan’ harus ‘main jauh-jauh’ dan cerminkan diri sendiri siapakah mereka yang mahukan satu ‘grand coalition’ tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad.
Puan bangang ‘otak udang’ AMK Keadilan sebenarnya harus perbetulkan kenyataan mereka bahawa PH perlukan satu gabungan besar baharu tanpa Anwar Ibrahim.
Kenyataan begini baru tepat kerana Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi dalam lanskap politik tanahair.
Selagi Anwar Ibrahim berada di pesada politik tanahair maka selagi itulah kedudukan politik serta ekonomi negara akan jadi kacau-bilau.
Anwar Ibrahim dan AMK Keadilan bak kata pepatah bahasa inggeris mereka boleh ‘strip naked and fly kites.
Cukup-cukuplah mereka ‘syok sendiri’ dan ‘bermimpi di siang hari’.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
