Anwar panik, pergi ke Bukit Aman dalam senyap

Badrul Hisham Shaharin. Sumber (gambar): Fail TTF

CheGuBard

Pada pukul 2.50 petang semalam, Mohammed Yusoff Rawther telah hadir di Bukit Aman untuk melakukan ujian poligraf yanh dikendalikan pakar PDRM. Ujian Poligraf ialah ujian berasaskan sains yang diakui dunia untuk menguji sama ada seseorang itu menipu atau tidak dalam kenyataannya.

Yusoff yang hadir bersama peguam Haniff Kathri kemudian keluar dari Bukit Aman jam 8.45 malam. Ujian poligraf diadakan pada 4.30 petang hingga 8.30 malam. Ketika ditanya diluar Bukit Aman, adakah berpuas hati dengan ujian poligraf yanh diadakan. Yusoff menjawab “lebih dari puas hati”.

Menurut sumber dalaman, hasil ujian proligraf tersebut positif menyatakan Yusoff bercakap benar berkenaan apa yang berlaku pada hari kejadian yang dikatakan serangan seksual dilakukan terhadapnya oleh Anwar.




Kami sangat yakin selepas ini Anwar dan penyokongnya akan mula mempertikaikan ujian poligraf dengan mencipta perbagai teori bagi menolak ujian ini. Anwar dijangka akan mengelak dari menjalani ujian poligraf dengan perbagai alasan ciptaannya nanti.

Untuk rekod, Anwar baru setahun dibebaskan dari penjara kerana mahkamah telah menyabitkan dia dengan kesalahan melakukan jenayah liwat terhadap seorang lelaki muda yang ketika itu menjadi kakitangannya. Dia tidak menghabiskan tempoh pemenjaraan kerana mendapat PENGAMPUNAN di Raja.

Semalam pula, bila akaun bersumpah Azilah kaitkan arahan bunuh Altantuya dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, ramai macai Anwar turut seronok berkompang. Mereka mengatakan akuan bersumpah tersebut benar dan sahih walaupun kejadian tahun 2006 dan akuan bersumpah tersebut hanya dibuat 2019.

Mereka lupa, beberapa minggu lepas, Mohammed Yusoff Rawther telah membuat akuan bersumpah menyatakan secara terperinci serangan seksual oleh Anwar Ibrahim terhadapnya. Pada ketika itu, ramai pula macai Anwar pertikai dengan bertanya mengapa baru nak buat akuan bersumpah dan laporan polis sedangkan kejadian berlaku pada 2018.

Begitulah macai Anwar yang menerima kebenaran secara terpilih. Penyokong Anwar kena tahu kini Anwar panik. Anwar kali pertama dalam senyap senyap ke Bukit Aman bila dipanggil polis, sedangkan semua kenal Anwar buat apa sahaja akan bagitahu media… dapat panggilan telefon konon dari Turki pun dia boleh ambil gambar masuk FB…

Dia panik sebab itu pergi Bukit Aman senyap senyap dan apabila kenyataan dikatakan bercanggah polis pula pergi kerumahnya untuk ambil gambar dan maklumat tempat kejadian…

Siapalah yang masuk penjara dulu… Najib atau Anwar?

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...