Anwar: Pelawaan Mahathir akan dibincang Majlis Presiden PH Isnin ini

Menurut Anwar, mesyuarat bulanan itu ruang terbaik bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut. Sumber (gambar): Astro Awani

Pelawaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Isnin depan, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Dr Mahathir selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mempelawa semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai parti berkenaan bagi menguatkan kuasa politik kaum itu


KUALA LUMPUR: Pelawaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Isnin depan, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita ada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan (itu) tentu ruang terbaik untuk kita bincang termasuk cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang terbaharu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Universiti Malaya Endowment Fund (UMEF) di Universiti Malaya pada Sabtu.




Ujarnya, mesyuarat bulanan itu ruang terbaik bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Dr Mahathir selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mempelawa semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai parti berkenaan bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.

Menurut Dr Mahathir, perkara itu penting kerana ketika ini parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam parti Melayu termasuk UMNO dan sekiranya lebih banyak lagi ditubuhkan orang Melayu akan terus berpecah belah.

Jesteru demi memastikan orang Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah belah, beliau mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...