Anwar: Rakaman audio tipu helah kepimpinan negara setelah gagal ugut pembangkang

Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber (gambar): Fail TTF

انور: رقمن اءوديو تيڤو حيله كڤيمڤينن نڬارا ستله ڬاڬل اوڬوت ڤمبڠكڠ

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Selepas penafian yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula tampil menafikan bahawa suara dalam klip rakaman audio yang tular adalah miliknya.

Anwar mendakwa klip audio berkenaan merupakan usaha kepimpinan negara setelah gagal “mengugut” dan “merasuah” pemimpin pembangkang.

“Saya malam ini ingin nyatakan bukan sahaja penafian, tetapi ternyata, selain menafikan, ia menunjukkan betapa gundah-gulananya pimpinan negara ini mencari apa saja tipu helah, ugut, beri orang rasuah, tak makan (tak dapat merasuah), maka dia sebar fitnah,” katanya.

Walaubagaimanapun, dalam wawancara dengan Utusan Malaysia bulan lalu, Anwar mengakui bahawa PKR dan UMNO mengadakan pertemuan tidak rasmi untuk membincangkan kerjasama bagi menyelamatkan negara dari kehancuran.


PETALING JAYA: Selepas penafian yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula tampil menafikan bahawa suara dalam klip rakaman audio yang tular adalah miliknya.

Klip tersebut, yang hangat diperkatakan sejak semalam, memaparkan perbualan telefon antara seorang individu yang suaranya mirip suara Anwar dan seorang lagi yang suaranya mirip suara Zahid.




Anwar mendakwa klip audio berkenaan merupakan usaha kepimpinan negara setelah gagal “mengugut” dan “merasuah” pemimpin pembangkang.

“Saya malam ini ingin nyatakan bukan sahaja penafian, tetapi ternyata, selain menafikan, ia menunjukkan betapa gundah-gulananya pimpinan negara ini mencari apa saja tipu helah, ugut, beri orang rasuah, tak makan (tak dapat merasuah), maka dia sebar fitnah,” katanya.

Anwar berkata, fitnah menggunakan rakaman audio itu adalah untuk mencetuskan pertelingkahan di kalangan pemimpin UMNO.

“Saya nak sebut, (audio) ini nak gunakan kita nak lawan politik dalam Umno, nak gunakan kononnya perbualan saya dan Datuk Seri Zahid untuk politik Bersatu nak menikam pimpinan Umno.

“Ini bukan kerja saya. Sebab itu saya akan arah pegawai saya buat laporan polis, biar dia (polis) siasat siapa yang punca.

“Ada yang suara macam saya, saya tak peduli. Ternyata ada usaha untuk memfitnah, merekayasa dengan lebih canggih,” katanya sambil menambah, DAP dan Amanah merupakan rakan setia PKR dan tidak akan terpengaruh dengan ‘fitnah’ tersebut.

Walaubagaimanapun, dalam wawancara dengan Utusan Malaysia bulan lalu, Anwar mengakui bahawa PKR dan UMNO mengadakan pertemuan tidak rasmi untuk membincangkan kerjasama bagi menyelamatkan negara dari kehancuran.

Loading...

Dalam sidang media selepas itu, Anwar menjelaskan bahawa walaupun terdapat perbincangan, masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai kemungkinan kerjasama berkenaan.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang juga mengesahkan bahawa parti itu di peringkat awal perbincangan dengan UMNO.

Namun semasa perhimpunan agung Umno, Zahid mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Anwar mahupun DAP.

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini

MUST READ:

KANTOI: TAKTIK TERDESAK RACUNI PEMIKIRAN PENYOKONG MAHATHIR TERBONGKAR [VIDEO]



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...