Anwar: Saya tidak setuju dengan Zakir, tidak harus timbulkan masalah di negara ini

Anwar berkata, Zakir juga sepatutnya menghargai usaha kerajaan memberinya taraf penduduk tetap (PR) dengan tidak menimbulkan sebarang masalah di negara ini. Sumber (gambar): Fail TTF

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan pendekatan pendakwah dari India, Dr Zakir Naik yang menyentuh kaum di negara ini.

Anwar berkata, Zakir juga sepatutnya menghargai usaha kerajaan memberinya taraf penduduk tetap (PR) dengan tidak menimbulkan sebarang masalah di negara ini.

“Kerajaan dulu bagi dia PR, kemudian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad teruskan. Patutnya dia berterima kasih.

“Bagilah sepatah kata ‘Tun, saya berterima kasih dengan perlindungan ini. Kalau saya balik India, saya tak jamin keselamatan saya dan kalau ada kekeliruan saya minta maaf dan takkan ulangi’. Ini tidak, kita nak tolong dia tapi dia beri masalah pula,” katanya.


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan pendekatan pendakwah dari India, Dr Zakir Naik yang menyentuh kaum di negara ini.

Menurut beliau, seseorang pendakwah seharusnya menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat orang ramai terhadap Islam.

“Soal mencerca orang India dan Cina, walaupun dia kata tak maksudkannya atau minta maaf, saya tak setuju. Dalam dakwah, kita mesti tarik minat orang.


“Saya kenal Zakir secara peribadi. Ada juga baiknya bukan seperti ditohmah tetapi tidak wajar (tindakannya),” katanya pada program Bual Bicara Bersama Orang Ramai sempena siri jelajah ke Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Anwar berkata, Zakir juga sepatutnya menghargai usaha kerajaan memberinya taraf penduduk tetap (PR) dengan tidak menimbulkan sebarang masalah di negara ini.

“Kerajaan dulu bagi dia PR, kemudian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad teruskan. Patutnya dia berterima kasih.

“Bagilah sepatah kata ‘Tun, saya berterima kasih dengan perlindungan ini. Kalau saya balik India, saya tak jamin keselamatan saya dan kalau ada kekeliruan saya minta maaf dan takkan ulangi’. Ini tidak, kita nak tolong dia tapi dia beri masalah pula,” katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, sebarang tindakan terhadap Zakir perlu mengikut undang-undang.

“Sesetengah orang Melayu kata ini soal maruah Islam, tiada tolak ansur. Apa dia ni? Saya tak minta hukum dia.

“Jangan kerana marah kita mahu hukum dia. Kita mesti ikut ‘rule of law’ dan sekarang polis dah buat siasatan awal dan tak benarkan dia bagi ceramah,” katanya.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...