Anwar sekali lagi cabar pembangkang bawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber (gambar): Fail TTF

TONTON JUGA: MB Johor patut jawab soalan Azmin, bukan main serang untuk elak jawab

TTF: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya terhadapnya apabila Dewan Rakyat bersidang pada 14 Oktober ini.

Menurut Bernama, Anwar berkata pembangkang harus mengikut undang-undang dan bukan hanya main sentiment atau bersorak untuk mengesanya ‘turun’ daripada jawatan Perdana Menteri.

Sebelum ini, Anwar mencabar pembangkang pada 11 Januari untuk membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya terhadapnya apabila Dewan Rakyat bersidang pada 14 Oktober ini.

Menurut Bernama, Anwar berkata pembangkang harus mengikut undang-undang dan bukan hanya main sentiment atau bersorak untuk mengesanya ‘turun’ daripada jawatan Perdana Menteri.




“Ada 30 orang suruh Anwar turun – dia ingat negara ini tiada peraturan, tak ikut hukum, tiada sistem?

“Kalau nak suruh turun, sila bawa usul undi tidak percaya pada sidang Dewan Rakyat Oktober ini – kalau usul itu lambat sekalipun, saya luluskan,” katanya semasa berucap di Himpunan Keadilan, Suara Rakyat Suara Keramat di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Anwar mencabar pembangkang pada 11 Januari untuk membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.

Menurutnya, Kerajaan Perpaduan sudah memberi peluang kepada usul tidak percaya dibuat namun langkah tidak pernah dilakukan pembangkang sejak setahun lalu.

“Dah lama kita tunggu (usul tidak percaya) dah setahun. Hari-hari kita tunggu tetapi tak ada, jadi kita tak ada fikir apa-apa.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...