
“Kenapakah Pakatan Harapan mengekalkan MoU dengan kerajaan, sedangkan gabungan itu bersetuju kerajaan Melaka dinyahstabilkan dan Pilihan Raya Negeri diadakan, dalam pada tahap kesihatan rakyat lebih membimbangkan berbanding sekarang?”
Raggie Jessy Rithaudeen
انور تاكوت كاله د جوهر
Masih ingat lagi Memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan dan Pakatan Harapan?
Pada ketika Pakatan Harapan membuat keputusan untuk menandatanganinya, alasan diberikan kononnya kestabilan kerajaan perlu diutamakan untuk elakkan pilihan raya selagi masalah kesihatan yang melanda belum diatasi.
Namun, apabila empat ADUN Johor cuba menyahstabilkan kerajaan negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan mereka dan mempertimbangkan penyertaan mereka dalam Pakatan Harapan.
Malah, Anwar membela keempat-empat ADUN tersebut dengan menyifatkan mereka sebagai wira kerana keberanian membawa perubahan sehingga menumbangkan kerajaan negeri dipimpin UMNO.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Jadi persoalannya, kenapakah Pakatan Harapan mengekalkan MoU dengan kerajaan, sedangkan gabungan itu bersetuju kerajaan Melaka dinyahstabilkan dan Pilihan Raya Negeri diadakan, dalam pada tahap kesihatan rakyat lebih membimbangkan berbanding sekarang?
Inilah Anwar Ibrahim, kaki putar alam yang tidak serik menjaja nama rakyat selagi ianya memenuhi matlamat politik beliau.
Terkini, Anwar mendakwa tidak patut timbul isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kerana banyak isu rakyat yang perlu ditangani kerajaan.
Hakikatnya, Anwar takut Pilihan Raya Negeri Johor diadakan kerana Pakatan Harapan dijangka akan dihukum oleh penyokongnya kerana mempertimbangkan jajaran politik baharu bersama “Kleptokrat” dan memberi nyawa kepada kerajaan yang Pakatan Harapan sendiri mengaku telah “gagal.”
WAJIB BACA:
Azam Baki beri amaran halus kepada pemimpin tertentu?
Loading...
