Anwar terganggu, wartawan membandingkan majlis zikir dan selawat di rumahnya dengan Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Azmin

Anwar berkata, majlis berkenaan memang diadakan pada setiap Ahad sejak enam bulan lalu, sebagaimana tradisinya majlis sama diadakan setiap Khamis sebelum beliau dipenjarakan. Sumber (gambar): MMO

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan majlis zikir, selawat dan bacaan yasin di kediamannya di Bukit Segambut di sini, malam ini, tiada kaitan dengan isu politik.

Anwar dilihat terganggu dengan kehadiran wartawan dan jurugambar berikutan wujud persepsi bahawa majlis zikir dan selawat di rumahnya itu, ada kaitan dengan Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Menolak Fitnah di Shah Alam, malam ini.

“Siapa kata salah faham? Kamu yang salah faham. Minta maaf, minta maaf. Saya terganggu kerana ini majlis mengaji. Setiap malam Isnin sudah enam bulan, dah puluh tahun.


KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan majlis zikir, selawat dan bacaan yasin di kediamannya di Bukit Segambut di sini, malam ini, tiada kaitan dengan isu politik.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, majlis berkenaan memang diadakan pada setiap Ahad sejak enam bulan lalu, sebagaimana tradisinya majlis sama diadakan setiap Khamis sebelum beliau dipenjarakan.




“Ini majlis mengaji, jangan macam ini. Setiap malam Isnin (hari Ahad) kita buat. Apa nak jadi isu. Ini tiada kaitan dengan politik,” katanya kepada media dalam nada berang.

Anwar dilihat terganggu dengan kehadiran wartawan dan jurugambar berikutan wujud persepsi bahawa majlis zikir dan selawat di rumahnya itu, ada kaitan dengan Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Menolak Fitnah di Shah Alam, malam ini.

Ketika diminta menjelaskan mengenai salah faham itu, Anwar menegaskan hanya media yang salah faham mengenai penganjuran majlis berkenaan.

Beliau turut terganggu ketika media menghulurkan mikrofon dan perakam suara kepadanya, dan meminta wartawan untuk tidak merakamkan percakapannya.

“Siapa kata salah faham? Kamu yang salah faham. Minta maaf, minta maaf. Saya terganggu kerana ini majlis mengaji. Setiap malam Isnin sudah enam bulan, dah puluh tahun.

“Kalau kamu datang mahu solat, silakan. Ambil wuduk dan solat,” katanya sebelum berlalu meninggalkan wartawan untuk menunaikan solat isyak.

Terdahulu, majlis zikir dan selawat itu dihadiri lebih 300 tetamu dalam kalangan penduduk setempat, penyokong dan ahli PKR, serta isteri Anwar yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Loading...

Program itu bermula dengan bacaan wirid, sebelum hadirin mendirikan solat maghrib disusuli bacaan yasin, selawat dan zikir.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...