Anwar terketar-ketar dengan kehadiran Blok Bebas Kuasa Ketiga

“Dari awal lagi saya sudah katakan bahawa Blok Bebas Kuasa Ketiga Mahathir akan mampu meraih banyak kerusi di Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 tanpa bantuan PKR atau Anwar”

Raggie Jessy Rithaudeen

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Pakatan Harapan (PH) sedia mempertimbangkan penyertaan parti baharu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai parti komponen dalam gabungan itu.

Bagaimanapun, Anwar berkata pertimbangan itu akan difikirkan sekiranya bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu memohon menyertainya.




“Beliau tidak minta pun. Sekiranya beliau minta kita akan mempertimbangkannya. Biar beliau minta dulu,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas sekiranya parti baharu bekas Perdana Menteri itu mahu menyertai PH.

Mesej saya kepada Anwar adalah seperti berikut:

“Tak usah perasan lebih, kalau dah takut dengan Blok Bebas Kuasa Ketiga pimpinan Mahathir, katakan dah takut.

“Daripada Mahathir memohon menjadi sebahagian daripada PH, lebih baik PH memohon menjadi rakan Blok Bebas Kuasa Ketiga.

“Terus terang Anwar, rakyat jelata dan hampir kesemua ahli parlimen dah muak dengan perangai dan kerenah kau. Cara jemput pun angkuh, seolah-olah kamu seorang ahli politik yang hebat.

“Well let me be the first to tell you that you are a nobody.”

Anwar perlu akur dengan ketepatan tindakan Mahathir menubuhkan parti baharu dan Blok Bebas Kuasa ketiga kerana ianya memberikan Mahathir kebebasan menentukan hala tuju gabungannya sendiri tanpa dibelengu isu peralihan kuasa seperti dahulu kala.

Loading...

Malah, sikap Anwar yang mengerahkan otai-otainya memberi tekanan kepada Mahathir hampir setiap hari menjadi punca utama Pakatan Harapan dibenci ramai ahli parlimen dari PPBM yang akhirnya bertindak meninggalkan gabungan itu.

Isu peralihan kuasa mula dimainkan tidak sampai tiga bulan Mahathir mengangkat sumpah Perdana Menteri menyebabkan ekonomi negara terjejas lebih teruk dari sepatutnya apabila para pelabur gelisah keadaan politik negara kurang stabil dan mampu meletus pada bila-bila masa.

Dengan pembentukkan Blok Bebas Kuasa Ketiga, bukan hanya pemimpin-pemimpin yang bersekutu dengan Mahathir dapat menentukan calon Perdana Menteri sendiri, Mahathir tidak lagi terikat dengan apa-apa perjanjian melibatkan Pakatan Harapan atau Anwar.

Dari awal lagi saya sudah katakan bahawa Blok Bebas Kuasa Ketiga Mahathir akan mampu meraih banyak kerusi di Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 tanpa bantuan PKR atau Anwar.

Jika Anwar begitu yakin boleh bergerak sendiri tanpa Mahathir buat apa menjemput beliau sekarang? Sudah gentar dengan kehadiran Blok Bebas Kuasa Ketiga, bukan?

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...