“MP-MP ini memutuskan untuk menunggu sehingga pemilihan UMNO tamat sebelum mengorak sebarang langkah. Saksikan juga penjelasannya secara live di sini (KLIK DI SINI)“
Raggie Jessy Rithaudeen
انور ترڤراڠكڤ د باوه بايڠ زاهيد
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Saya berpendirian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terperangkap kerana tidak dapat mengawal timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Untuk menjelaskan pendirian ini, izinkan saya huraikan rentetan beberapa peristiwa terpilih berdasarkan pemahaman saya sendiri dan maklumat beberapa sumber, bermula daripada keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 hingga ke hari ini:
1. Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pakatan Harapan (PH) hanya berjaya meraih 82 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi 74 kerusi walaupun peratus Melayu-Islam yang keluar mengundi rendah.
2. Disebabkan itu, kedua-dua Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional tidak cukup majoriti untuk duduk dalam blok kerajaan tanpa bantuan parti-parti politik lain.
TONTON: BAWAH PENTADBIRAN ANWAR, ISLAMOPHOBIA CUKUP SUBUR
3. Barisan Nasional pula mencatatkan prestasi terburuk dalam sejarah penubuhannya (30 kerusi), manakala Gabungan Parti Sarawak berjaya memenangi 26 kerusi, sekaligus menjadikannya kingmaker di antara parti-parti politik dari Malaysia Timur.
4. Ramai tidak tahu bahawa GPS sebenarnya mencapai satu persetujuan rahsia bersama kepimpinan tertinggi UMNO, bahawa jika BN memenangi PRU15 atau memperolehi sejumlah kerusi yang cukup banyak, GPS akan membentuk kerajaan bersama BN di bawah kepimpinan Zahid.
5. Malangnya, BN hanya berjaya meraih 30 kerusi, dan disebabkan itu, GPS mula condong ke arah Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan sembilan ahli parlimen lain yang dilaporkan menandatangani “akuan bersumpah sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.”
6. Inilah maklumat yang saya terima, dan berdasarkan maklumat ini, GPS lebih cenderung untuk bersama gandingan Datuk Seri Ismail Sabri, Hishammuddin, presiden MCA dan MIC (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kumpulan anti-Zahid”) daripada BN di bawah kepimpinan Zahid.
7. Abang Johari tahu, bahawa sekiranya GPS bekerjasama dengan PN, GRS dan kumpulan anti-Zahid, mereka akan ada cukup kerusi untuk duduk dalam blok kerajaan, dan kerajaan yang ditubuhkan semestinya lebih stabil daripada mana-mana pentadbiran di bawah gandingan Anwar dan Zahid.
8. Ini membimbangkan Anwar, dan kebimbangan inilah yang memaksanya bersetuju dengan apa jua strategi Zahid.
9. Kemudian, pada malam sebelum MP-MP BN dijadualkan menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Zahid memanggil kepimpinan tertinggi BN untuk bermesyuarat bagi menentukan halatuju gabungan itu.
10. Mesyuarat ini memutuskan bahawa BN perlu duduk dalam blok pembangkang tanpa menyokong Muhyiddin atau Anwar, dan Zahid sendiri bersetuju dengan keputusan itu.
11. Persetujuan Zahid berjaya meredakan ketegangan antara kumpulan anti-Zahid (majoriti) dan puak penyokong Zahid (minoriti).
12. Disebabkan itu, semua MP BN bersetuju untuk membenarkan Zahid mewakili mereka menghadap Yang Di-Pertuan Agong.
13. Namun, pada keesokkan harinya, apabila Zahid berada di Istana Negara, MP-MP BN mendapat maklum bahawa Zahid mengutuskan satu warkah rahsia kepada Yang Di-Pertuan Agong.
14. Dalam warkah itu, Zahid memperdaya Seri Paduka Baginda Tuanku kononnya kesemua MP BN menyokong pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri.
15. Disebabkan itu, Yang Di-Pertuan Agong mengenepikan akuan bersumpah sokongan kumpulan anti-Zahid terhadap Muhyiddin dan mencadangkan agar BN duduk bersama PH dalam kerajaan.
16. Setelah berunding dengan Raja-Raja Melayu, Yang Di-Pertuan Agong akhirnya menggunakan kuasa budi bicaranya berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.
17. Pelantikan ini bersandar sepenuhnya kepada hemat Seri Paduka Baginda Tuanku, bahawa Anwar mungkin memperolehi sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat apabila keabsahannya diuji di Dewan Rakyat.
18. Untuk membuktikan sokongan inilah Anwar terpaksa bersetuju untuk membenarkan usul percaya terhadap dirinya sebaik sahaja parlimen bersidang.
19. Bagi memastikan BN tidak berpaling tadah, Anwar bertindak menandatangani satu Memorandum Persefahaman bersama Zahid dan ketua beberapa parti lain, termasuk GPS.
20. MoU ini terang-terang melanggar Perlembagaan Persekutuan, kerana salah satu perenggan yang terkandung di dalamnya menetapkan bahawa mana-mana MP yang tidak menyokong Anwar diwajibkan mengosongkan kerusi di Dewan Rakyat.
21. Ini sebenarnya satu penipuan dan berunsur ugutan.
22. Biarpun begitu, kumpulan anti-Zahid tahu bahawa kedua-dua Zahid dan Anwar terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa.
23. Mereka tahu bahawa Zahid takut kalah pada pemilihan UMNO dan akan menggantung keahlian mana-mana MP yang dilihat menentangnya.
20. Disebabkan itu, kumpulan anti-Zahid memutuskan untuk berdiam diri dan menunggu sehingga pemilihan UMNO tamat sebelum mengorak sebarang langkah.
Bersambung…
