Anwar tiba-tiba mengaku wujud rancangan ‘mengumpul MP’

“Anwar turut khuatir ada pihak sengaja cuba pecah-belahkan PPBM agar Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat membawa seberapa ramai ahli parlimen yang mungkin dari parti berkenaan untuk masuk menyertai UMNO”

Raggie Jessy Rithaudeen

انور تيبا-تيبا مڠاكو وجود رانچڠن ء129 مڤء

Anwar oh Anwar…

Semalam, tular di media sosial penafian hebat dari kem Anwar kononnya dakwaan seorang blogger Facebook – yang semememangnya penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim – merupakan rekaan “orang gila.”




Walaubagaimanapun, Anwar sendiri mengaku wujud ‘rancangan mengumpul MP’ apabila berkata pihaknya masih dalam proses mengumpul bilangan ahli parlimen dalam kuantiti berkenaan.

“Mengenai 129 ahli parlimen, atau 130, ini kita (PKR) tak bincang pasal hal-hal ini masih dalam proses, belum muktamad.

“Kita sedang bincang dengan baik, yang penting dalam perbincangan itu bukan soal nombor , bukan soal kuasa.

“Kita dah banyak kali berkuasa, yang tidak menumpukan pada mendapatkan nombor atau kuasa. Pergi balik pergi balik jahanam juga kepentingan rakyat,” dakwanya dalam satusesi live Facebook.

Mengaku lah tu…

Sebelum ini, saya mendedahkan bahawa seorang individu sudah memiliki sokongan majoriti dalam kuantiti yang selesa tetapi tidak menamakan individu berkenaan.

Saya akan rungkai perkara ini pada pukul 5 petang hari ini di Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI) dan membongkarkan nama individu berkenaan.

Loading...

Majoriti yang dimiliki individu ini masih bertahan, walaupun keadaan memang boleh berubah pada bila-bila masa kerana tidak ada apa-apa yang pasti atau hitam putih dalam dunia politik.

Anwar sebenarnya risau dengan perkembangan ini dan bertindak mengeruhkan keadaan dengan mengerahkan otai-otainya menularkan berita palsu di media sosial.

Anwar turut khuatir ada pihak sengaja cuba pecah-belahkan PPBM agar Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat membawa seberapa ramai ahli parlimen yang mungkin dari parti berkenaan untuk masuk menyertai UMNO.

Seandainya perkara ini berlaku, impian Anwar untuk berunding dengan Muhyiddin agar PKR diterima masuk ke dalam Perikatan Nasional (dengan ‘restu’ PAS) untuk memperkukuhkan lagi kedudukan PPBM akan hancur berkecai.

Hakikatnya, sokongan terhadap Anwar merosot teruk apabila sekumpulan besar ahli parlimen dari PKR dan AMANAH yang sekian lama duduk atas pagar kini beralih ke kem Mahathir.

Saya turut difahamkan sebilangan besar ahli parlimen dari Sarawak sudah bersetuju untuk beralih kem Mahathir seandainya gabungan baharu terbentuk tanpa Anwar di tampuk kepimpinan.

Selebihnya akan saya rungkai secara terperinci dalam sidang hari ini.

Nota: Tajuk disunting pada jam 3.58 petang, 30/05/2020

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...