Anwar tidak mempunyai sokongan majoriti, malah sebilangan penyokongnya beralih kem Azmin

“Niat Anwar memberitahu wartawan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti parlimen adalah bagi menangkis kritikan ahli-ahli parlimen PKR yang marah dengan beliau kerana menyerang Dato’ Seri Azmin Ali secara terbuka. Ahli-ahli parlimen tersebut marah kerana sebelum ini, apabila Anwar dituduh meliwat, kesemua pemimpin PKR – termasuk Azmin sendiri – memberi sokongan padu terhadapnya malah terus mengekalkan bahawa beliau tidak bersalah biarpun Mahkhamah sendiri menyabitkan kesalahan tersebut”

Raggie Jessy Rithaudeen

Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.




Hakikatnya, bukan hanya kenyataan ini satu pembohongan yang berniat mengelirukan ahli-ahli parlimen, sehingga kini, seramai 55 MP telahpun menandatangani akuan bersumpah bagi membatalkan sokongan mereka terhadap Anwar.

Terdapat sebilangan tertentu MP lain yang turut menandatangani akuan bersumpah bagi melindungi diri mereka sebaik sahaja mengetahui kewujudan akuan-akuan bersumpah palsu Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebenarnya, orang-orang di sekeliling Anwar memiliki banyak akuan bersumpah palsu, termasuk akuan bersumpah ‘duplicate’ yang kononnya ditandatangani Anwar.

Ini menjadikan jumlah sebenar akuan bersumpah ‘efektif’ yang dimiliki Anwar kurang dari 50 dan tidak melayakkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Niat Anwar memberitahu wartawan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti parlimen adalah bagi menangkis kritikan ahli-ahli parlimen PKR yang marah dengan beliau kerana menyerang Dato’ Seri Azmin Ali secara terbuka.

Ahli-ahli parlimen tersebut marah kerana sebelum ini, apabila Anwar dituduh meliwat, kesemua pemimpin PKR – termasuk Azmin sendiri – memberi sokongan padu terhadapnya malah terus mengekalkan bahawa beliau tidak bersalah biarpun Mahkhamah sendiri menyabitkan kesalahan tersebut.

Anwar, yang sudahpun dimaklumkan berkenaan situasi terkini yang agak kritikal, amat khuatir bahawa penyokongnya di kalangan ahli-ahli parlimen akan berpaling tadah kerana sikapnya yang tidak menghargai pengorbanan rakan-rakan seperjuangan.

Seorang ahli parlimen yang dapat saya hubungi tengan hari tadi mengesahkan bahawa seramai enam ahli parlimen kem Anwar bermesyuarat pagi tadi dan menyatakan kesangsian mereka terhadap Anwar kerana tidak yakin beliau akan membela mereka sekiranya beliau diangkat menjadi Perdana Menteri.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...