Anwar tuduh PAS cuba pecah belahkan Pakatan Harapan dengan usul percaya

Anwar berkata, beliau percaya usaha parti Islam itu tersebut tidak akan berjaya. Sumber (gambar): Fail TTF

انور تودوه ڤاس چوبا ڤچه بلهكن ڤاكتن هارڤن دڠن اصول ڤرچاي

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu dibawa Pas ke Dewan Rakyat bertujuan untuk memecahbelahkan Pakatan Harapan (PH).

Sebelum ini Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan pada satu sidang media bersama memaklumkan usul undi percaya akan dibawa ke Dewan Rakyat.

Ditanya adakah isu Pas mahu membawa usul undi percaya ke Dewan Rakyat wajar dibawa pada Majlis Presiden PH, Anwar berpendapat ia tidak wajar dibincangkan.

“Tiada asas. Tidak pernah berlaku dalam sejarah (pembangkang bawa usul) tetapi inilah Pas.


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu dibawa Pas ke Dewan Rakyat bertujuan untuk memecahbelahkan Pakatan Harapan (PH).

Anwar berkata, beliau percaya usaha parti Islam itu tersebut tidak akan berjaya.




“Pas biasalah. Itu usul Pas, kita tidak anggap itu perkara yang serius.

“Itu hanya usaha untuk pecahbelahkan (PH). Dia akan gagal. Dia gagal dalam pilihan raya dan ini strategi dia. Kita tidak akan tertipu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sepetang Alumni Yayasan Anda Akademik di sini hari ini.

Sebelum ini Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan pada satu sidang media bersama memaklumkan usul undi percaya akan dibawa ke Dewan Rakyat.

Menurutnya, usul itu bertujuan untuk menyokong Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Katanya, keputusan tersebut diambil setelah mendapati wujud beberapa pihak yang menggembar-gemburkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Perdana Menteri itu namun sehingga kini tiasa usul undi tidak percaya dibuat oleh mana-mana pihak.

Ditanya adakah isu Pas mahu membawa usul undi percaya ke Dewan Rakyat wajar dibawa pada Majlis Presiden PH, Anwar berpendapat ia tidak wajar dibincangkan.

“Tiada asas. Tidak pernah berlaku dalam sejarah (pembangkang bawa usul) tetapi inilah Pas.

Loading...

“Dia (Pas) boleh hamun cerca orang secara maksimum, sekarang dia beri sokongan maksimum. Bukan canggung sikit tetapi tidak pernah berlaku dalam sistem demokrasi,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...