Parti Pribumi Bersatu Malaysia Fans
Apa kena dengan kamu ni Syed Saddiq?
Rakyat pilih Pakatan Harapan dan jadikan kamu menteri untuk membetulkan hala tuju negara demi Malaysia baru tanpa rasuah dan legasi umno bn. Tapi 5 perkara di bawah ini apa bendanya Sadiq
1. Kerjasama Dengan KJ Bangunkan Belia?
Rakyat undi buang umno BN, kau pulak nak kutip balik bekas pemimpin umno bn kononnya bantu kau? SS, EMPOWER modal insan dalam PH dulu laaa! Buat pasukan dari wakil-wakil pemuda parti PH untuk bawa aspirasi rakyat Malaysia Baru. Bukan KJ 2.0 lah SS. Stop ber-Abah-Abah tu by the way, geli.
2. Lantik Amar Assuat jadi Pegawai Khas?
Kalau pegawai khas ni, kau lantik orang kampung takda degree takda diploma pun kami tak kisah kerana harini ini bakat dan skill bukan terletak di atas sijil. Malah MBA pun dah tiada nilai menurut kajian. Kemudian kau EMPOWER dia bila bekerja dengan kau, kursus luar kampus ke apa. Baru ada VALUE! Janji bukan PERASUAH yang harini dah jadi lalang yang kau lantik! Tapi kau dah nafikan. Fine lah.
3. Muka Hipokrit Opportunis Dua Kubang?
Setakat suruh budak ni jadi wakil kau jumpa pemimpin PKR & DAP, dulu Anina pun kau suruh buat kerja yang sama jugak. Mana Anina sekarang? Setakat buat policy talk acah2 sikit, melangit kau julang si hipokrit ni bagai nak rak. Walhal terbukti dia ni duduk berendam dalam kolam BN dan kolam kau Sadiq. Mana2 menang pun dia kenyang juga. Standard opportunis macam ni bukan banyak jasa, tapi banyak GEBANG! Ada berjuta lagi anak muda PPBM, PKR, AMANAH, WARISAN, DAP yang jauh lebih berbakat dari budak ni kenapa malas nak cari, angkat dan groom?!
4. Lantik Pegawai Khas LGBT?
Kami faham yang kau nak be ‘open minded’. Tapi kau kena faham landasan dan asas sesuatu parti itu macam mana. Kalau kau masih tak faham, sila baca perlembagaan parti 8 kali. PPBM bukan tapak untuk LGBT. Isu macam ni lebih sesuai diangkat oleh mungkin DAP atau PKR, atas dasar masalah genetik yang golongan ini hadapi. Tapi kau nafikan jugak SS. Flip Flop lah kau ni SS.
5. Taknak Siasat Kesalahan Lalu?
Hello Saddiq. Kami ni marhaen majoriti rakyat yang turun berbondong2 mengundi Pakatan Harapan yang membolehkan kamu naik jadi menteri hari ini, mahu segala kebobrokan lampau diadili dan disiasat ke akar umbi. Kes hilang RM100 juta dan apa saja kes dalam KBS itu wajib disiasat sama macan kes 1MDB, SRC dan lain2. Ini bukan isu dendam tapi ini isu RULE OF LAW. Kalau macam ni lah pemikiran kamu, suruh sajalah YAB Tun batalkan segala siasatan kes ke atas Najib Razak, 1MDB, SRC dan lain-lain. Kami tak kisah kamu nak jadi model majalah atau pakai seluar pendek. Tapi kes lampau yang dilaporlan dalam Audit Report wajib disiasat! Itu duit RAKYAT!
Kesimpulannya, SS naikkan orang-orang yang silap, tak ada sense of PH EMPOWERMENT, acah terlebih mesra dengan musuh politik, dan baik tak bertempat. Kenang budi pun tak nampak. Jangan menang sorang, yang menangkan kamu kami-kami juga. Najib kata bn kalah persepsi, siapa yang tiup persepsi tu? Budak policy talk makan dua kolam itukah?
Sila Insaf. Kami akan sayang kamu semula sekiranya insaf.
