
Khairuddin Abu Hassan
Rakyat Malaysia amat sangsi dengan belanjawan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memperuntukan sejumlah besar wang rakyat untuk urusan pentadbiran JASA.
Saya tidak faham bagaimana belanjawan 2021 boleh peruntukan kepada JASA dana yang begitu besar jumlahnya, prepara ini memang tidak masuk akal.
JASA merupakan satu badan yang hanya cukup penting untuk UMNO kearah memperalatkan badan ini bagi tujuan propaganda saja. Ianya satu badan yang cukup tidak relevan sama sekali.
Apa penting sangat dengan jabatan ini? Badan ini tidak memunafaatkan rakyat jelata langsung. Lebih baik peruntukan untuk JASA disalurkan kepada perkara yang boleh memunafaatkan rakyat secara terus menerus.
Pada tahun 2011 peruntukan untuk JASA berjumlah RM21,759,400.
Peruntukan belanjawan untuk JASA bagi tahun-tahun berikutnya adalah seperti berikut:
2012 – RM21,392,000
2013 – RM23,127,100
2014 – RM24,572,800
2015 – RM21,718,100
2016 – RM22,801,000
2017 – RM22,886,500
2018 – RM30,000,000
2019 – JASA ditutup
2020 – JASA ditutup
2021 – RM81,000,000
Bukankah peningkatan dalam jumlah peruntukan tahun ini prelim? Tak tahu apa justifikasi pihak kerajaan memperuntukan jumlah yang tidak logik bagi tahun 2021.
Penutupan JASA di zaman pemerintahan kerajaan PH telah menyelamatkan puluhan juta wang kerajaan serta dana rakyat.
Semasa JASA ditutup ianya tidak mencacat-celakan langsung pentadbiran kerajaan PH.
Malahan, tanpa JASA di zaman pentadbiran kerajaan PH kedudukan pentadbiran kerajaan PH bertambah baik.
Sebab itu kita tidak faham kenapa badan propaganda ini diujudkan semula dengan jumlah peruntukan yang begitu tinggi.
Kita amat berharap satu pemantauan khusus keatas perbelanjaan peruntukan JASA mesti dipantau secara lebih terperinci oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ini.
Jangan jadikan badan JASA ini sebagai satu platform untuk orang-orang politik kerajaan ‘tebuk atap’ PN melenyapkan lagi dana kerajaan serta duit rakyat.
Tanpa JASA pihak kerajaan dan rakyat tidak akan mati pun. Sepatutnya JASA tidak perlu dihidupkan semula. Ianya hanya akan membazirkan dana kerajaan semata-mata.
Kalau dilihat, jumlah peruntukan paling besar sebelum ini adalah RM30,000,000 pada tahun 2018.
Tetapi peruntukan RM81,000,000 untuk tahun 2021 merupakan satu peningkatan yang tidak munasabah serta amat tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras.
Sepatutnya, dana yang diperuntukan bagi JASA disalurkan kepada bidang-bidang yang boleh menguntungkan rakyat serta negara.
Rata-ratanya, dan kalau dikaji secara menyeluruh, Belanjawan 2021 ini tiada sesuatu yang istimewa serta tidak memberangsangkan.
Ianya tidak menepati matlamat asas belanjawan secara total kearah menjaminkan kelangsungan ekonomi dan kemampanan ekonomi negara.
Keperluan serta kebajikan rakyat yang penting yang diharapkan banyak tidak diendahkan oleh kerajaan ‘tebuk atap’ PN.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
