APA  PERLUNYA DARURAT?

Tamrin Tun Ghafar. Sumber (gambar): Fail TTF

Tamrin Tun Ghafar

1.   Mungkin  tindakan mengisytiharkan DARURAT atau EMERGENCY yang diumumkan YDP Agong  SETELAH mendapat nasihat Perdana Menteri dan SETELAH berbincang dan mendapat persetujuan Raja – Raja Melayu adalah khusus untuk tujuan menangani penuluaran COVID 19.

2.   Tidak lama dahulu Agong dengan persetujuan Raja – Raja Melayu telah MENOLAK cadangan Kerajaan Muhyiddin untuk mengisytiharkan darurat.

3.  Jika alasan Proklamasi Darurat yang diberi semata – mata kerana ingin menangani masalah  penularan COVID 19 maka rata – rata berpendapat ia adalah amat PELIK dan  AJAIB.




4.  Rakyat tidak mempertikaikan kuasa Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Malaysia untuk menangani COVID 19, cuma apa perlunya darurat tersebut?

5.  Atas nasihat Perdana Menteri, Agong boleh isytihar Pembubaran Parlimen dan Pilihanraya Umum boleh diadakan; begitu juga selepas ROMPAKAN KUASA Muhyiddin PERNAH TANGGUHKAN Sidang Parlimen dari bulan Mac ke Mei 2020.

6.  Apabila Sidang Parlimen Dibuka Rasmi pada bulan Mei oleh Agong yang sama, Wakil Rakyat TIDAK dibenarkan berucap – isu COVID 19 dijadikan alasan yang ramai berpendapat alasan TIDAK RASIONAL.

7. Jadi apa perlunya darurat?

8.  Apabila TIDAK ada Rampasan Kuasa Tentera dan rakyat pula  masih bebas  menjalankan tugasan harian, malah pada petang semalam pula  Muhyiddin sudah pun mengumumkan langkah – langkah tertentu bagi menangani COVID 19, perlaksanaan darurat ini tentu saja menimbulkan tanda tanya.

9.  RAMPASAN KUASA SEBENAR  ialah yang telah dilakukan Muhyiddin dan rakan – rakannya pada bulan Februari 2020.

10.  TIADA  siapa  yang  mempunyai otak waras yang mahu menggagalkan segala usaha menangangi COVID 19 dan  ekonomi.

Loading...

11.  Sebenarnya dengan Perisytiharan Darurat ini ia bukan sahaja MEMBUKTIKAN  KEGAGALAN  Kerajaan Pakatan Nasional atau PN pimpinan Muhyiddin mengatasi isu COVID  dan masalah rakyat, malah ia dilihat lebih kepada MENYELAMATKAN  diri beliau daripada dijatuhkan.

12.  Dengan Perisytiharan ini Kerajaan BEBAS   MELAKUKAN  APA SAHAJA termasuk amalan salaguna kuasa yang boleh membawa kepada perbuatan rasuah.

13.  Oleh kerana  2 orang Wakil Rakyat sudah tiada maka Kini Muhyiddin hanya mempunyai 110 sokongan dari jumlah 220 atau hanya 50% Wakil – Wakil Rakyat dalam Parlimen.

14.  Walaupun sudah diisytiharkan  Darurat di mana Parlimen digantung  namun ia TIDAK  BERERTI  Ahli – Ahli Parlimen yang lain khasnya UMNO tidak boleh meneruskan rancangan MENARIK  SOKONGAN terhadap Kerajaan PN.

15.  Dalam  situasi begini di mana nyawa Muhyiddin tak ubah seperti ‘Nyawa – Nyawa Ikan’atau buah durian yang pasti gugur apabila ditiup angin, Muhyiddin  AKAN  GUNAKAN   DAN  BUAT  APA  SAHAJA bagi mengekalkan jawatan yang diambil melalui  RAMPASAN  KUASA yang telah dilakukannya.

16.  Mungkin hari ini Muhyiddin dan rakan – rakan boleh berpesta kerana telah berjaya meyakinkan  Agong namun TIDAK MUSTAHIL mulai malam ini beliau akan diburu MIMPI  NGERI!!

17.  TERSERAHLAH kepada Wakil – Wakil Rakyat atau MP UMNO khususnya sama ada mahu terus BERDOSA menyokong Kerajaan RAMPASAN KUASA ini atau sebaliknya.

18.  Mungkin hari ini Saudara juga boleh turut sama berpesta dan bergembira dengan beliau tapi jangan lupa HANYA ALLAH SWT sahaja yang PASTI menarik balik nyawa yang dipinjamkan kepada kita dan selepas itu kita akan berhadapan dengan Malaikat di alam Kubur dan seterusnya dibangkirkan semula di Akhirat kelak.

19.  Sudah 2 orang rakan Saudara di dalam Parlimen yang telah pergi.

20.  Kita Bila Pulak

21.  ‘TEPUK DADA TANYA SELERA’

22.  Rakyat SEKALI LAGI DIPERDAYAKAN oleh Muhyiddin dan rakan – rakannya yang MABUK  KUASA – untuk apa; jawapannya ada pada mereka dan terserahlah pula kepada kita mengagaknya.

23.  Untuk rakyat Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) dilaksanakan 2 minggu tapi untuk SELAMATKAN diri Perintah Darurat dengan Penggantungan Parlimen selama 8 bulan.

24.   Diharap Agong akan MENILAI DENGAN TELITI prestasi Kerajaan Perikatan Nasional sejak RAMPASAN KUASA dilakukan mereka setahun yang lepas.

25.  Saya percaya cakap – cakap atau kiasan kononnya Muhyiddin telah ‘MEMBELI’ Agong dengan  beberapa projek raksasa yang memberi keuntungan lumayan HANYALAH FITNAH semata – mata.

Wassalam

Terima Kasih.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...