Apa sudah jadi dengan SPRM?

Adakah pegawai-pegawai SPRM sedia ada tidak dapat memikul tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya baru? Sumber (gambar): Harakah Daily

Shahir Adnan

PELANTIKAN Latheefa Koya sebagai Pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dianggap agak janggal di mana beliau merupakan seorang ahli politik Pakatan Harapan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Persoalannya sekarang, bagaimanakah SPRM akan dilihat sebagai sebuah badan bebas dan adil jika ketuanya merupakan seorang ahli politik?

 

Adakah pegawai-pegawai SPRM sedia ada tidak dapat memikul tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya baru? Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpendapat bahawa ramai lagi pegawai yang berkelayakan, yang sudah bekerja dari bawah sewaktu Badan Pencegah Rasuah ditubuhkan, hinggalah ditukar kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, SPRM. Antara tokoh yang dianggap berkelayakan ialah Datuk Seri Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, yang terbukti telah bekerja untuk negara selama lebih 20 tahun.


Dewan Pemuda IKATAN Malaysia amat terkejut bahawa pelantikan Latheefa Koya telah berkuatkuasa mulai 1 Jun 2019, berdasarkan kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri bertarikh 4 Jun 2019. Perlantikan ini dilihat amat terburu-buru kerana tempoh Pesuruhjaya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dipendekkan.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa kerajaan mematuhi janji manifesto yang ingin membawa pembaharuan kepada sistem negara di mana pelantikan Pesuruhjaya SPRM haruslah dibawa ke Parlimen, bukannya melantik seorang ahli politik. Ini merupakan langkah ke belakang, di mana keadaan sebegini tidak berlaku di zaman pentadbiran Najib Razak.

Demi Bangsa Malaysia!

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...