
Bekas Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof hari ini berkata tindakan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) menyingkirkannya dari jawatan Speaker tidak pernah berlaku di mana-mana negara sebelum ini.
“Apa yang berlaku sekarang di luar pada biasa dan saya tak tahu sama ada terdapat negeri-negeri lain melainkan Trinidad dan Tobago yang melakukan perkara sebegini.
“Tidak ada apa-apa contoh lain selama 800 tahun tak pernah seorang speaker diusir sebelum tamat tempoh satu-satunya parlimen,” katanya dalam sidang media di parlimen sepertimana yang dilaporkan oleh portal berita.”
Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan usul yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan (Speaker). Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan 111 Ahli Parlimen manakala 109 lagi menolak.
PETALING JAYA: Bekas Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof hari ini berkata tindakan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) menyingkirkannya dari jawatan Speaker tidak pernah berlaku di mana-mana negara sebelum ini.
“Apa yang berlaku sekarang di luar pada biasa dan saya tak tahu sama ada terdapat negeri-negeri lain melainkan Trinidad dan Tobago yang melakukan perkara sebegini.
“Trinidad usir speaker pada 1990-an sebab speaker itu lakukan kesalahan rasuah.
“Tapi tidak ada apa-apa contoh lain selama 800 tahun tak pernah seorang speaker diusir sebelum tamat tempoh satu-satunya parlimen,” katanya dalam sidang media di parlimen sepertimana yang dilaporkan oleh portal berita.
Ariff bagaimanapun berkata beliau menerima keputusan pengguguran itu dan menegaskan beliau tidak ada masalah untuk berundur.
“Saya sendiri tidak ada masalah sikit pun. Sejak dari awal lagi saya sudah beritahu saya akan keluar jika Perlembagaan Persekutuan dipatuhi.
“Ia telah dipatuhi iaitu terdapat usul dan undian dah diambil.
“Jadi akhir kata ahli-ahli parlimen yang putuskan. Bukan perdana menteri atau kabinet. Inilah sistem Perlembagaan Persekutuan kita,” katanya lagi.
Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan usul yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan (Speaker).
Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan 111 Ahli Parlimen manakala 109 lagi menolak.
Sebelum itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin membentangkan usul mengosongkan kerusi Speaker sebelum ianya dibahaskan kira satu jam 10 minit oleh empat Ahli Parlimen, masing-masing mewakili kerajaan dan pembangkang.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
