Apa yang dirancang pasti berlaku, tidak pernah ada permintaan ‘bersekongkol’ DAP

“Umum disaran meneliti maksud sebenar perkataan ‘bersekongkol’. Bukan hanya Mahathir tidak pernah meminta mana-mana pihak ‘bersekongkol’ dengan DAP, beliau sendiri tidak berpuas hati dengan kepimpinan tertinggi parti berkenaan dan melakukan semua ini demi mencantas agenda sulit mereka bersama Anwar”

Raggie Jessy Rithaudeen

اڤ يڠ درانچڠ ڤستي برلاكو، تيدق ڤرنه اد ڤرمينتأن ءبرسكوڠكولء دڤ

Apa yang sebenarnya dirancang sudah pasti akan berlaku

Kegagalan pemimpin-pemimpin politik memahami Perlembagaan Persekutuan secara menyeluruh merupakan punca utama pihak tertentu dari kedua-dua belah rasa tersepit seolah-olah sedang dipermainkan dan diperangkap.




Hakikatnya, apa yang sedang berlaku bukanlah perkara luarbiasa sepertimana yang dibayangkan oleh sesetengah pihak tetapi berada dalam skop jurisdiksi Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia berdasarkan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum Ahad 23hb Febuari 2020, DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjangka langkah yang diambil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ketaksuban mereka terhadap kuasa dan keyakinan mereka bahawa Mahathir berada dalam gengaman.

Kini, ada pihak yang gagal membaca maksud tersirat disebalik beberapa cadangan yang diketengahkan oleh Mahathir yang sebenarnya berniat “tunggu dan lihat” reaksi pihak beerkenaan sebelum mengorak langkah seterusnya.

Umum disaran meneliti maksud sebenar perkataan ‘bersekongkol’.

Percayalah, bukan hanya Mahathir tidak pernah meminta mana-mana pihak ‘bersekongkol’ dengan DAP, beliau sendiri tidak berpuas hati dengan kepimpinan tertinggi parti berkenaan dan melakukan semua ini demi mencantas agenda sulit mereka bersama Anwar.

Atas dasar inilah Mahathir hanya berbincang dengan parti-parti politik berteraskan Melayu-Islam, khususnya UMNO dan PAS, sebelum bertindak keluar Pakatan Harapan bersama-sama PPBM dan kem Datuk Seri Azmin Ali.

Apa yang sebenarnya dirancang oleh Mahathir berkisar di sekitar penyatuan ummah dan nasional yang berkekalan dan pasti akan tercapai walau apa pun perancangan pihak-pihak berkaitan, samada bersetuju ataupun tidak.

Loading...

Rancangan ini tidak difahami secara menyeluruh atau mendalam oleh kesemua terbabit, baik dari Pakatan Harapan mahupun Muafakat Nasional, atas sebab-sebab tertentu, termasuklah kekurangan dalam pemahaman mereka terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Apa yang pasti, langkah Mahathir seterusnya akan berpandu kepada kenyataan-kenyataan terkini yang dibuat oleh kesemua parti politik, termasuklah kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin tertentu menerusi media sosial dan arus perdana.

Walaubagaimanapun,langkah terakhir akan diputuskan sendiri oleh pihak yang paling berkuasa dalam negara pada ketika ini, iaitu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Sebagai penganut agama Islam, adalah menjadi kewajipan kita untuk menjunjung kasih Tuanku dan menghormati segala apa keputusan yang dibuat oleh Baginda Tuanku selaku Ketua Negara dan Ketua Agama Islam.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...