‘Apa yang kita lakukan akan kembali berlaku kepada kita semula’

Tamrin Tun Ghafar. Sumber (gambar): Fail TTF

Tamrin Tun Ghafar

ءاڤ يڠ كيت لاكوكن اكن كمبالي برلاكو كڤد كيت سمولاء

1.  ‘ Whats Goes Around Comes Around ‘

Itulah pepatah Inggeris yang mempunyai maksud lebih kurang sama dengan tajuk tulisan saya ini.

2.  Di Australia masyarakat Kaum Asal atau Abrogines menggunakan satu alat senjata yang dikenali sebagai BOOMERANGS, apabila ia dibaling, alat tersebut akan kembali  semula kepada pembaling tersebut.




3.  Itulah yang berlaku kepada Muhyiddin dan akhirnya akan dirasai oleh mereka yang TERLIBAT DALAM RAMPASAN KUASA.

4.  Alasan yang diadakan selepas peristiwa tersebut adalah alasan yang susah diterima oleh mereka yang berfikiran waras dan  mereka  yang TIDAK  MUDAH  MENJUAL  MARUAH  seperti yang dilantik sebagai Menteri , Timbalan dan jawatan – jawatan dalam GLC.

5.  Kudeta atau dalam bahasa Perancisnya Coup D’etat  adalah  RAMPASAN  KUASA.

6.  Walaupun  matlamatnya sama namun cara dan coraknya berbeza:

i.  Di Indonesia, Soekarno diturunkan dalam satu RAMPASAN KUASA oleh Soeharto, seorang General yang cukup dipercayainya.

Rampasan Kuasa ini telah menyaksikan  peristiwa ngeri di mana 7 orang General yang tidak memihak kepada Soeharto dibunuh dan dicampakan ke dalam perigi yang dikenali sebagai ‘Lubang Buaya’.

ii.  Di satu ketika dahulu RAMPASAN KUASA kerap berlaku di Thailand.

Loading...

iii.   Pemberontakan bersenjata oleh A M Zahari bagi tujuan RAMPASAN KUASA di Brunei telah dipatahkan oleh Kerajaan dengan bantuan tentera kelolaan Kerajaan Inggeris.

iv.  Mengikut Tun Ghazali Shafie yang lebih dikenali dengan panggilan King Ghaz  ( Alfatehah ) mantan Menteri Luar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri pertama ( Alfetahah ) dalam ruang atau columnya ‘ As I See It ‘ dalam akhbar The Star bahawa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 adalah RAMPASAN KUASA KECIL atau MINI COUP yang dirancang berbualan lamanya; Tunku dijatukan dan diganti oleh Tun Razak.

7.  Selepas PH memerintah selama 22 bulan, Muhyiddin dengan dibantu oleh Hamzah dan Azmin  dan pembantu Tun sendiri telah MENIKAM Tun dari belakang; itulah RAMPASAN KUASA.

IKUTI BLOG TAMRIN TUN GHAFAR DI SINI

8.  Bagi menjayakankan RAMPASAN KUASA ini pula Muhyiddin ‘MENJUAL’  jawatan – jawatan Menteri, Timbalan Menteri, Duta Khas bertaraf Menteri dan Pengerusi-Pengerusi GLC  kepada mereka kerana Muhyiddin tahu mereka PASTI menyokongnya dengan tawaran yang diberi kerana mereka lebih  MEMENTINGKAN DIRI dengan gaji dan imbuhan yang amat lumayan – dalam ertikata lain mereka ini manusia yang TIDAK BERMARUAH – sanggup menjual diri dan melakukan apa apa sahaja seperti lembu dicucuk hidung.

9.  Inilah ‘Scheme of Things yang dirancang dan dilaksanakan oleh seorang yang kononnya tak berminat dengan jawatan Perdana Menteri.

10.  Mengikut seorang Ketua UMNO Bahagian, Parti BERSATU pimpinan Muhyiddin kini membayar RM20,000 bagi setiap Cawangan UMNO yang sanggup menukar bendera dari UMNO kepada BERSATU.

11.  Sebahagian besar Bahagian – Bahagian UMNO di Kelantan MENOLAK kerjasama UMNO dengan BERSATU.

12.  Beberapa Bahagian UMNO di Johor TERMASUK Bahagian Pagoh dimana Ahli Parlimennya ialah Muhyiddin sendiri membuat  ketetapan yang sama.

13.  Jika  desakan sebegini berterusan, MKT UMNO SEPATUTNYA MENGHORMATI pandangan dan perasaan akar umbi – tarik balik sokongan UMNO kepada Muhyiddin dan Menteri – Menteri dan Timbalan Menteri serta Pengerusi-Pengerusi GLC UMNO berhenti serta merta dari jawatan yang mereka sandang.

14.  Janganlah tidur bersama isteri yang kita anggap sebagai seorang pelacur jika tidak mahu digelar sebagai lelaki DAYUS.

15.  Sebenarnya sejak  RAMPASAN KUASA pada bulan Februari lepas sehingga kini tidak ada satu rancangan baik pun dari Mat Sejuk ini; mengikut kenyataan SPRM, yang meningkat naik ialah jumlah  penyelewanģan kuasa dan rasuah bertambah, malah lebih teruk dari zaman  Kerajaan Barisan Nasional  dan Pakatan Harapan dahulu.

16.  Kenyataan  dan tindakan  Menteri – Menteri dan Timbalan  Menteri banyak yang bercelaru seperti anak ayam tanpa ibu; ini berlaku  kerana Perdana Menteri HAPRAK – tidak boleh   kawal kebodohan mereka sehingga ada Menteri yang masih menggangap diri sebagai Mufti dan ada pula Menteri yang bercanggah secara terbuka dengan Timbalannya.

17.  Rakyat  kecewa dan putus asa melihat gelagat  mereka – jika setakat bantuan RM1500 sekali atau ‘one off payment’ bagi menangani maslah Covid-19, mereka  berkata sesiapa pun boleh buat.

18.  Yang rakyat ternanti – ternanti ialah Perancangan Ekonomi  Jangka Pendek  dan Panjang  yang meyakinkan BUKAN  cukup dengan mengulangi doa di kaca TV  kerana kata mereka bab baca doa ini adalah tugas Menteri Agama bukan tugas seorang Perdana Menteri, lagi pun rakyat tertanya – tanya apakah afdal doa seorang  yang pernah mengadakan hubungan seks dengan isteri orang?

19.  Apakah  Najib , Zahid dan ramai lagi Ahli – Ahli MKT UMNO bertindak untuk menyelamatkan diri dari tindakan Mahkamah atau  bertindak untuk  kepentingan lebih 3 juta ahli UMNO?

20.  ‘TEPUK  DADA TANYA  SELERA’, PISAU  BERADA DI TANGAN ANDA.

21.  Bak kata pepatah :

‘Jangan Menang Sorak Kampung Tergadai’

Wasallam

Terima Kasih.

WAJIB BACA: 

UMNO, PAS, PPBM goyang dipukul gelora kuasa ketiga Tun Mahathir

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...