Apabila Melayu Terlupa Menjadi Melayu

Anak Tanah Melayu

1. Keputusan PRU 14 akan menjadi diskusi demi diskusi yang tiada punya jawapan yang diinginkan. Namun yang pasti ia adalah pemangkin malapetaka yang membawa kepada kemusnahan  bangsa Melayu  di negara ini buat selamanya.




2. Bukan kerana ia menepati dakwaaan kononnya ia membawa angin perubahan Malaysia Baru dengan takrifan songsang kepada konsep ‘Baru’ itu tetapi lebih daripada itu kerana Melayu sudah lupa untuk menjadi Melayu.

3. Melayu jelas tidak mampu untuk menyedari bahawa mereka telah dipermainkan oleh kaum lain sehinggakan mereka layu dan kaku lalu gagal bertindak atas batas batas semangat Melayu mereka. Melayu telah terpedaya bahawa dengan bersikap tidak Melayu menunjukkan kematangan dan betapa liberalnya Mereka.

4. Jelas Melayu telah diperbodohkan dan setiap kali mereka mahu bertindak sebagai Melayu, mereka akan dilabel sebagai rasis. Dengan itu Melayu tidak dibenar untuk terus menjadi Melayu.

5. Begitu bijak Melayu ditipu oleh bukan Melayu di Tanah Melayu. Melayu masih tidak mampu mempunyai jati diri yang jitu lalu sering beranggapan bahawa bukan Melayu itu lebih hebat daripada mereka. Melayu berbangga bergaduh sesama Melayu tetapi bertuankan bukan Melayu.

6. Siapakah rasis sebenarnya? Adakah Melayu yang telah menunjukkan bukti untuk lari dari kecenderungan membuat pilihan berdasarkan kepentingan bangsa sendiri dalam PRU 14? Melayu mengundi dengan terlupa bahawa mereka itu Melayu dan akhirnya Melayu jadi terbelah dan terpecah.

7. Namun kaum Cina tidak langsung berganjak daripada kesepakatan perkauman mereka hingga mereka bersatu hati untuk memberi undi mereka kepada PH. Bagi Cina, dimana DAP berada disitulah mereka akan berpijak. Bukankah ini menunjukkan bahawa kaum Cina adalah bangsa yang jelas mempunyai sifat rasisme yang begitu mendalam?

8. Melayu tertipu dengan perancangan cina untuk mengajar Melayu memusuhi sesama Melayu.

Loading...

9. Sehingga hari ini pun Melayu diajar bahawa apa salahnya kaum Cina memegang jawatan penting dalam kerajaan jika mereka mampu melaksanakan tugas itu. Jelas asuhan Cina terhadap bangsa Melayu sudah berjaya pada hari ini.  Melayu membiar Cina menjadi tuan kepada bangsa kita.

10. Selamat malam wahai Melayu. Tidur anak cucu kita nanti pasti tidak senyenyak dahulu.

Nasi sudah menjadi bubur.

Melayu memang telah menang. Malangnya Melayu telah menang sorak tetapi kampung kita yang telah tergadai.

Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would help us bring more such content in future. For as little as RM10, you can support The Third Force, and it only takes a minute. Click the donate button on the top right if you intend to make a contribution. Thank you.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...